Pls review my bloG .

1st-Dhya'Qays Batrisyia

1st-Dhya'Qays Batrisyia

Khalish Al-Zakwan

Khalish Al-Zakwan

The Holy Quran & Gharqad Tree

The Holy Quran & Gharqad Tree

Saturday, May 3, 2008


BAHTERA NABI NUH a.s





Di sebuah gunung yang sentiasa diselimuti salji yang terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri 'berharga' yang berusia lebih 5000 tahun Peninggalan sejarah yang maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA / KGB pun cuba menyelongkar. Pihak-pihak CIA telah menggunakan satelite dan pesawat 'Stealth' untuk mengambil gambar objek yang terdampar di puncak gunung itu.
Gambar-gambar itu telah menjadi 'rahsia besar' dan disimpan rapi dengan kawalan yqng ketat bersama degan 'rahsia-rahsia' penting yang lain di Pentagon. Sudah beratus-ratus orang cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yang bermaksud 'Gunung Kesengsaraan' atau dengan nama petanya iaitu “ Mount Ararat “, namun hanya beberapa kerat saja yang berjaya.Yang sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban.
Sehingga ke hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki sahaja yang berjaya sampai ke puncak Gunung Ararat dan dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yang 'mahaberharga' itu.Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar.
Apa yang masih menjadi tanda tanya,kesemua orang-orang yang berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai-bagai bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dengan penuh misteri.Hanya semata-mata kerana gambar tersebut. Memang ramai org yang telah mengambil gambar kesan sejarah 'Noah' itu telah mati misteri.
Soalnya sekarang, mengapakah 'kuasa-kuasa besar' mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat-tempat rahsia tentera ?. Mengapa mereka tidak mahu mengesahkan bahawa peninggalan 'Noah' benar-benar ada di puncak Gunung .Ararat itu ? Pada masa yang sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark ! Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai,kerana selama itu orang menafikannya.
Samalah The Great Noah Ark tu pun.Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 tahun itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa untuk dibongkar.
Sebenarnya, zaman Nabi Nuh AS dulu tidaklah seprimitif yang kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman itu mereka sudah maju ke hadapan. Pengetahuan Sains mereka sudah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun, Para Pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yang digunakan untuk menyadurkan logam.
Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer.Nuh AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 SM dan hujan mula turun pada tahun 2345 SM
Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada didunia sekarang. Mengikut para pendaki yang pernah melihat " Noah Ark " di puncak Gunung Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yang cukup hebat. " Noah Ark " itu diperbuat daripada spesis kayu purba yang memang sudah tidak wujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, bebentuk ' kotak kasut ', tidak cantik, tapi sangat berfungsi.
Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit. Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dengan jari yang digunakan oleh orang-orang zaman dahulu. Bersamaan 18 inci bagi 1 cubit, bermakna panjang " Noah Ark " ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi.
Ada juga Para Pengkaji berpendapat," Noah Ark " berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup untuk memuatkan 170 gerabak ketapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak untuk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.
Hari ini terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini. Mengikut kajian Dr.Whitcomb,
dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia,
8600 jenis itik / burung ,6300 jenis reptilia ,2500 jenis amfibia yang menaiki The Great Noah Ark itu.Berat kargo / muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan.
Di sebalik fakta saintifik, anda perlu ingat :
Perumpamaan Ahlul Baytku ibarat Bahtera Nuh. Sesiapa yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam.
( Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277 ; Al-Tabrani, al-Mu'jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.168 )

The Great Noah Ark ini berada di Gunung Ararat, dimanakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar ?
Mengikut seorang pengkaji 'Noah Ark' ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yang terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yang unik. Antara salah satu keunikan yang terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.
Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yang mempunyai kemuncak yang luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yang tertinggi sekali di Turkey. Gunung ini tegak sendirian degan kemuncak dipanggil Ararat Besar dengan ketinggian 16,984 kaki.Bersententangan dgn sebuah lagi kemuncak gunung yg dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit. Orang yang menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu " Russia, Iran,Turkey".
Kedudukan Mt.Ararat yang sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada
suatu masa dahulu. Sekiranya kita melihat CNN hari ini masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey vs Puak-puak Guerilla Qurdish yang mahukan kemerdekaan dari kerajaan Turkey.
Keluasan dasar [ bawah ] Mt.Ararat itu kira-kira 25 batu garis pusat.Garis pusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki. Ketulan-ketulan air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jatuh ke dalam jurang Ahora

Sebuah 'anchor' purba yang besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yang digunakan oleh 'Noah Ark' semasa berlabuh di puncak Mt.Ararat. Sebuah 'batu nisan' yang didakwa kepunyaan nabi Nuh AS telah dijumpai di Mt.Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang.
Pada tahun 1917,Maharaja Russia Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 org pakar pelbagai bidang yang terdiri dari jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik The Great Noah Ark tersebut.
Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan untuk sampai ke puncak Mt.Ararat itu.Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui 'Noah Ark' tersebut.
Dalam keadaan tergaman,kagum mereka mengambil gambar sebanyak yang mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur size 'Noah Ark' dan didapati 'Noah Ark' itu berukuran 500 kaki panjang,83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [ bahagian selebihnya tenggelam didalam salji ]
Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist ( 1917 ) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala 'laporan siasatan' itu masih disimpan atau dimusnahkan
















Artikel Pengalaman-pengalaman Menarik Para Pengkaji Noah Ark.

* Catatan Mr.Ronald Bennet, bekas jurufoto Whitehouse yg sekarang ini telah bersara,tinggal di sebuah bandar -La Jolla,California

US.President-Jimmy Carter telah dijemput hadir ke Majlis Tahun Baru yang diadakan oleh Shah Iran di Tehran. Ronald Bennet telah ternampak sesuatu berbentuk seperti 'kotak kasut yang besar' ditimbus air batu ketika Air Force One yang membawa President Jimmy Carter melintasi Mt.Ararat. [ Air Force One telah bertolak dari Washington DC menuju ke Warsaw, Poland pada 29th.Dec.1977 dan kemudiannya ke Tehran pada 31th.Dec.1977 ]
" Saya adalah jurufoto dan wartawan yang meliputi segala aktiviti Whitehouse selalu sahaja ikut President Jimmy Carter ke mana-mana bagi membuat laporan tentang aktiviti US.President. Semasa peristiwa itu berlaku, kami dalam perjalanan dari Poland ke Tehran. Semasa terbang diutara Turkey, kami telah disuruh memandang ke tingkap. Pada masa yang sama ada beberapa buah pesawat MIG Fulcrum USSR sedang mengiringi Air Force One yg kami naiki. Kami memandang ke tingkap kami nampak dengan jelas "sebuah kotak panjang seperti bahtera yang besar sebahagiannya ditutupi dengan airbatu."

· Gambar The Noah Ark Yang Hilang

Seorang jurutera minyak telah menaiki helikopter di bahagin Utara Mt.Ararat kerana urusan perniagaan.Tiba-tiba terkejut melihat satu kotak besar yang panjang menyerupai bahtera terjulur keluar dari air batu. Jurutera itu kemudiannya menyuruh juru terbangnya mendekatkan helikopter ke bahtera sedekat yang mungkin bagi mengambil seberapa banyak gambar.
Dengan rasa bangga dan seronok dia menunjukkan segala gambar-gambar yang telah diambil olehnya itu kepada semua rakan-rakan di Timur tengah dan Amerika. Dalam masa yang sama dia cuba mencari bantuan kewangan untuk menjalankan satu ekspidisi bagi mencari " Noah Ark". Malangnya dia tidak berjaya dan dengan rasa kecewa dia ke British Guyana dan membuka lombong minyak disitu.
Pada 27th.Dec.1962, Jurutera itu dijumpai mati dibunuh dengan keadaan badannya dijumpai terapung di kolam renang hotel.
Kawan baiknya dalam membuat laporan Polis ada mengatakan bahawa almari tempat menyimpan segala gambar / filem " Noah Ark " telah digeledah orang 10 hari sebelum kejadian.
Filem dan gambar Noah Ark telah hilang, ramai kawan baik jurutera itu mengesahkan yang mereka telah melihat foto hitam / putih " Noah Ark" yg berukuran 8 X 10 inchi. Dan tidak menolak kemungkinan di bunuh kerana foto tersebut.

· Pengakuan Paderi Kristian - Pastor Harold William dari Logansport, Indiana

Pengakuan dibuat pada sebuah media, ada seorang kawannya seorang imigran Muslim yang berbangsa Armenia bernama Haji Yearam yang telah tinggal di kaki Mt.Ararat. Mengikut sejarah / tradisi,mereka ini adalah keturunan terus menerus yang keluar dari " Noah Ark " itu dan tidak berhijrah ke mana-mana. Keturunan Haji.Yearam sentiasa tinggal di kaki Mt.Ararat itu.
Beberapa ratus tahun selepas 'banjir besar' , anak cucu keturunannya telah mendaki ke Puncak Ararat untuk memberi penghormatan dan melihat "Noah Ark" itu. Masa itu masih ada lagi laluan menuju ke bahtera dan entah bagaimana laluan itu telah musnah dan tidak dapat dikesan kini.Mungkin kerana perubahan cuaca,gempa bumi dan sebagainya.
Semasa Haji.Yearam masih kecil,ada beberapa orang bangsa asing telah datang ke rumahnya.Mereka ini adalah orang yang tidak percaya dengan Al-Quran dan sebarang agama. Mereka adalah saintis,mereka dalam perjalanan melakukan ekspidisi untuk membuktikan bahawa cerita The Great Noah Ark itu adalah berupa dongeng semata-mata.
Para saintist kemudiannya megupah bapa Haji.Yearam bagi menjadi pemandu ke Puncak Mt.Ararat dan Hj.Yearam yang pada masa itu masih kecil pun turut serta. Waktu itu musim panas, airbatu salji yang menutupi sebahgian Puncak Ararat mencair.
Selepas bersusah payah mendaki akhirnya mereka pun tiba di puncak. Dengan jelas "Noah Ark" kelihatan seolah-olah berada didalam tasik kecil. Air dari tasik kelihatan melimpah keluar turun kebawah Apabila mereka sampai di tasik itu, jelas kelihatan sebahagian dari "Noah Ark"itu tertonjol keluar dari airbatu.Para saintis kemudiannya meluru ke bahtera. Mereka tergaman dan berasa malu. Seluruh behgian luar dan dalam "Noah Ark" itu diselaputi syellek atau lacker serta bahan pengilat yang kuat dan tebal. Tidak kelihatan sebarang tingkap, terdapat hanya sebuah pintu besar tetapi daun nya sudah tiada lagi. Para saintis kemudiannya marah. Mereka cuba mengopek kayu bahtera tersebut, membuat unggun api bagi tujuan membakar dan memusnahkan "Noah Ark" tersebut Maha Suci Allah dengan keadaan kekurangan pelbagai alatan segala usaha mereka itu sia-sia. Apatah lagi dengan keadaan "Noah Ark" itu sendiri yang keras seperti batu. Kayunya tidak berupaya terbakar langsung.
Para saintist itu kemudianya memberi amaran kepada ayah Hj.Yearam agar merahsiakan apa yang mereka tahu dan nampak jika mahukan keluarga mereka selamat. Sebab itu dikala tuanya baru bercerita,itu pun hanya pada orang dipercayainya sahaja. Wallahuallam..

· Gempa Bumi

Pada 2 haribulan.May.1883 ,telah berlaku satu gempa bumi menyebabkan batu dan ketulan runtuh dan turun hingga menutup hampir keseluhuran kampung-kampung yang terdapat di kaki Mt.Ararat. Letupan gunung berapi amatlah dahsyat ,sehingga dikatakan keseluruhan benua Eropah dapat merasainya. Setahun kemudian, Kerajaan Turkey menghantar 1 kumpulan ekspidisi saintis bagi mengukur sejauh mana kemusnahan yang di akibatkan darinya.
Seorang Inggeris, Captain Gayscoyne yang juga merupakan seorang Duta British di Istanbul telah memohon kepada kerajaan Turkey untuk menyertainya. Dia amat bernasib baik kerana dapat melihat kemunculan The Great Noah Ark itu. Bukan itu sahaja, malah pasukan saintis / juru ukur itu telah dapat mengukur "Noah Ark" malangnya mereka tidak dapat mengukur dengan tepat dan lengkap kerana sebahagian darinya diselimuti dengan air batu dan hanya 20 hingga 30 kaki sahaja yang terjulur keluar. Tetapi para saintis / juru ukur itu dapat masuk ke dalam "Noah Ark".Apa yang mereka dapati ialah "Noah Ark" itu diperbuat dari kayu balak purba yang sudah tidak wujud lagi spesisnya di dunia hari ini. Jarak dari satu tingkat ke satu tingkat ialah 12 hingga ke 13 kaki.

· Kisah ED BEHLING.

Dalam tahun 1973 Ed Behling berada dalam Pasukan Tentera Udara yg. ditugaskan mengawal dan memberi perlindungan semasa pembinaan kem tentera di Diaberker ,kira-kira 100 batu dari tengarra gunung Ararat.. ia mempuyai kawan dari tentera turki Berketurunan Kurdish yg. bernama Mustafa.( sebagaimana yang. diketahui orang Kurdish dianggap "penjaga" gunung Ararat,," Namanya Mustafa dan dia juga seorang askar ketika itu dan saya tak mungkin dapat mencarinya lagi sekarang ini.." kata Edward Behling.
Saya dan Mustafa telah mendaki ke puncak Ararat pada bulan hujung Mei. Sebenarnya Mustafa sendiri pun langsung tidak pernah melihat "Noah Ark" itu sebelumnya,dan dia berjanji memujuk Pakcik saudaranya yang juga bangsa Qurdish agar turut membawa saya bagi tujuan melihat "Noah Ark" tersebut.
Saya tidak membawa 'kamera' kerana diberitahu pakcik Mustafa sangat berbahaya kerana "Noah Ark" itu letaknya bersempadan dengan Russia, sementara saya sendiri pula berbangsa Amerika jika ditangkap tentunya mereka semua akan mendapat susah. seperti yang telah dijangka, pada awalnya Pakcik Mustafa agak keberatan membawa saya ke "Noah Ark",apatah lagi saya ini berbangsa asing.[ orang Qurdish sememangnya sukar mempercayai orang luar]
Saya betul-betul hairan kerana ada satu kumpulan ekspidisi Noah Ark yang bertolak baru-baru ini tidak menemui Noah Ark walaupun menggunakan pemandu Qurdish. Dan saya syak mereka sengaja menunjuknya ke jalan yang tidak betul. Percayalah, jika golongan tua tidak merestui nescaya golongan muda yang memandu itu sekali-kali tidak akan ingkar. Tidak ada sesiapa yang dapat menghampiri "Noah Ark" tanpa kebenaran golongan tua Qurdish itu.
Setelah bangun awal, Pakcik Mustafa terus membawa kami ke sebelah kawasan gunung. Saya meresakan seolah-olah sedang melalui sebuah lorong di celah-celah batu dan salji turun dengan sungguh lebat. Pak Cik Mustafa itu seolah-olah tahu dengan tepat segala laluan yang dibawanya. Setelah beberapa lama berjalan meredah lorong batu saya merasa teramat-amat letih dan benar-benar berharap mereka akan berhenti rehat dengan tidak semena-mena tetiba Mustafa berpaling ke arah kami dan menunjukkan sesuatu saya tengok di satu lurah 50 kaki kebawah, Saya nampak sebuah binaan yang hitam dan besar . Ianya amat besar Salji yang menutup bahagian atasnya telah cair. Bahagian depan Bahtera itu sudah pecah dan berlubang. Saya tidak nampak sebarang pintu.Saya sendiri melihat benda sebesar itu terdampar di puncak Gunung Ararat. Oleh kerana cahaya agak kurang.lubang yang terdapat di bahtera itu tidak kelihatan. Bahtera itu berwarna hitam.Saya nampak ianya seperti satu kotak besar yang panjang. Saya nampak 150-200 kaki saja,selebihnya badan bahtera itu terkambus dengan salji. saya nampak bahagian hujung bahtera itu sudah dtakuk atau dipecahkan. Ketebalan dinding kapal itu lebih kurang 18 inci. Selepas memerhatinya, Pakcik Mustafa memberi isyarat untuk bergerak. Kami tak dapat untuk melompat kebawah ditempat kapal berada kerana ianya terlalu jauh. Kami tidak membawa tali , Saya memang nak sangat berjalan diatasnya tapi tidak ada peluang.

· Penemuan Dr Robert Ballard

Sekali lagi cerita dari Al-Qur'an terbukti kebenarannya melalui kajian saintifik yang dijalankan oleh barat. Sekumpulan pengkaji ukur bawah air ( underwater surveyors ) yang diketuai oleh Dr Robert Ballard, yang juga telah menemui Titanic, telah menemui sebuah bangunan lama berusia kira-kira 7500 tahun di dasar Laut Hitam, 12 batu dari pantai Turki. Mereka telah menemui struktur bangunan dari batu dan kayu beberapa ratus kaki dari paras air. Penemuan mereka menjadi bukti terhampir kejadian banjir besar di zaman Nabi Noh seperti diceritakan di dalam Al-Qur'an dan juga Old Testament. Ahli sains percaya penemuan tersebut membuktikan kewujudan sebuah kawasan penempatan yang telah tenggelam disebabkan banjir besar yang melanda sekitar tahun 5000 sebelum masihi. Menurut teori mereka, banjir besar tersebut disebabkan pencairan glasier dari tanah tinggi di Eropah. "Ia merupakan penemuan yang sangat menakjubkan" kata Dr Ballad di dalam rancangan National Geographic Society bertajuk "Research Ship Northern Horizon". Beliau menerangkan bagaimana sebuah robot bawah air yang meninjau 300 kaki di bawah paras air telah menemui kawasan segiempat berukuran 12 x 45 kaki persegi di mana terdapatnya sebuah struktur daripada kayu dan tanah liat yang telah runtuh. "Beberapa artifak yang ditemui di situ tersimpan rapi tanpa diusik terdiri daripada bim kayu berukir, beberapa cabang kayu dan peralatan dari batu yang telah runtuh dan diselaputi lumpur"
kata Dr Ballard. Kumpulan pengkaji Dr Ballard memulakan kajian di kawasan tersebut setelah dua kapal selam pakar geologi dari Universiti Colombia di New York mencadangkan bahawa ia disebabkan oleh banjir besar beribu tahun dahulu. Mereka meramalkan apabila zaman ais (Ice Age) berakhir 12,000 tahun dahulu, glasier mula menjadi cair. Kawasan timur Mediteranian yang terputus daripada Laut Hitam telah menyebabkan Laut Hitam tidak ditenggelami air walaupun paras air lautan yang lain telah naik. Ini menyebabkan pada sekitar 7000 tahun yang lepas, empangan semula jadi di Bosphorus telah pecah menyebabkan air di Laut Mediteranian melimpah ke timur menjadi Laut Hitam yang sememangnya terputus daripada laut-laut yang lain. Kekuatan limpahan air tersebut dianggarkan 10,000 kali ganda Niagara Falls. Mereka mendakwa bukti saintifik menunjukkan bahawa kulit kerang dari kawasan tersebut berusia lebih 7000 tahun manakala yang daripada laut lain berusia sekitar 6500 tahun. Dr Ballard menerangkan "Banyak perkara berlaku telah berlaku apabila air tawar dari sebuah tasik bertukar menjadi air masin sebuah laut 7000 tahun dahulu dan hasil daripada banjir besar tersebut menyebabkan kawasan tanah darat yang sangat luas bertukar menjadi dasar laut".

Dipetik daripada : James Chapman, Daily Mail, UK, 14 September 2000.
Jamil Adimin Research and Graduate School
University of Manchester.


· Pengalaman Ahmet Ali Arslan - Ketua Pengarang sebuah akhbar berbahasa Turkey di Washington DC.

Pernah bekerja sebagai juruhebah di stesen radio Suara Amerika.Beliau juga seorang penasihat dan penyelidik kanan Institut Sains dan International Technology-Washington DC. "Keluarga saya dari Aralik yg terletak di kaki Mt.Ararat.Di situlah saya dibesarkan. Semenjak kecil saya telah naik ke gunung itu mungkin telah lebih dari 50 kali termasuklah ekspidisi Navarra.Saya menemani satu rombongan ekspidisi saintist dalam tahun 1989 untuk mencari kawasan jurang yang dikenali sebagai Lurah Ahora di pinggir gunung itu, Lurah Ahora ini adalah satu lurah yang sangat curam dan bahaya. Oleh kerana saya seorang wargenegara Turkey maka saya diberi kebenarkan membuat siasatan ke bahagian-bahagian tertentu di Mt.Ararat yang mana dikenalpasti oleh satelit sebagai kawasan yang mungkin merupakan kawasan bahtera. Sebaik sahaja saya dekat dengan kawasan itu lapisan ais yang saya pijak mula bergerak dan saya telah tergelincir sejauh berpuluh-puluh kaki ke bawah jurang. Mujurlah saya tidak terjatuh ke dalam lubang jurang. Apabila saya berdiri,dihadapan saya kira 2,100 kaki, saya terlihat satu struktur bangunan yang diperbuat daripada kayu. Kira-kira beberapa ribu kaki dari puncak gunung. Saya mula cepat-cepat ambil gambar. Saya yakin itulah The Great Noah Ark yang ada diceritakan oleh kebanyakkan orang. Jika ada pembaca yang ingin mendapat maklumat lanjut bolehlah menghubungi Dr Ahmet Ali Arsan dialamat 9430,Cloverdale Court, Burke, Va 22015, Amerika Syarikat.


Kenyataan dan Persoalan dari artikel / catatan pengkaji sejarah :

* Maha Suci Allah yang telah menentukan Bahtera Nabi Nuh AS ditempatkan diatas Gunung Ararat ( Gunung Kesengsaraan ) yang mana ianya menyukarkan para pengkaji dan saintis untuk merosakkan Bahtera tersebut dan satu dari pada kesan sejarah Islam yang terulung memerlukan keredaan Allah untuk dikaji.

* Beberapa saintis barat diberi hidayah Allah untuk mengakui kebenaran Islam melalui penemuan Bahtera Nabi Nuh AS yang juga mengiakan Kalam Allah yang termaktub dalam Al-Quran.

* Dan juga beberapa saintis barat yang menafikan Bahtera Nabi Nuh AS justeru ingin terus merosakkan.

* Kenapakah beberapa badan siasatan merahsiakan penemuan Bahtera Nabi Nuh AS dan bukti disimpan oleh Pentagon yang juga ingin merahsiakan misteri-misteri penemuan seperti Piramid, Kewujudan UFO, Penangkapan Makluk Asing, Misteri Segitiga Bermuda dan beberapa misteri yang masih disembunyikan dari umum.

Wallahualam