Pls review my bloG .

1st-Dhya'Qays Batrisyia

1st-Dhya'Qays Batrisyia

Khalish Al-Zakwan

Khalish Al-Zakwan

The Holy Quran & Gharqad Tree

The Holy Quran & Gharqad Tree

Sunday, May 4, 2008

SEGITIGA BERMUDA (BERMUDA TRIANGLE)

SEGITIGA BERMUDA ( BERMUDA TRIANGLE )

Apakah dia 2 segitiga Syaitan ini ?

Dua Tempat popular itu ialah Segitiga Bermuda - Bermuda Triangle yang letaknya di antara perairan Florida, Amerika Syarikat - Puerto Rico, Mexico - dan kepulauan Bermuda (sila rujuk peta di atas) di lautan Atlantik dan Segitiga Naga - Dragon’s Triangle (atau dikenali juga sebagai Laut Syaitan) yang letaknya diperairan Jepun iaitu di kepulauan Miyake, Lautan Pasifik, 100 km dari Tokyo. Dan segitiga ini berhampiran dengan satu lagi segitiga yang hebat sepertimana Segitiga Bermuda juga iaitu Segitiga Formosa yang berada di kepulauan Formosa, Taiwan. Dan bagi saya, Segitiga Formosa dan Segitiga Naga ini adalah seperti adik-beradik kerana ia amat hampir dan kejadian-kejadian aneh pun berlaku di sana sepertimana Segitiga Bermuda. Maka saya simpulkan bahawa ianya adalah kerajaan Iblis di sebelah timur , di samping Segitiga Bermuda yang mewakili kerajaan utama Iblis di sebelah barat.

Seperti yang anda dapat dilihat dalam peta-peta di atas, kedua-duanya berada di garisan tengah Bumi dan satu di sebelah barat (Segitiga Bermuda) dan satu di sebelah timur (Segitiga Naga). Kedua-duanya seperti sudah dirancang dan ada maksud yang tertentu. Cuma dalam firasat saya, yang sebelah barat itu adalah kerajaan yang mengawal sebelah barat Bumi manakala yang sebelah timur itu pula mengawal sebelah timur Bumi. Begitu strategik sekali pemilihan yang dibuat oleh mereka yang terlibat itu.

Kedua-dua tempat ini sangat popular dengan kehilangan kapal, pesawat dan kehilangan-kehilangan misteri lain apabila melalui kawasan tersebut. Tetapi bukan kesemua yang melaluinya akan hilang, tetapi sejarah banyak membuktikan betapa terlalu banyak yang sudah menjadi korban dan akhirnya sepi tanpa berita (missing in action) di kawasan itu.

Mengapa kapal atau pesawat boleh ghaib dengan tiba-tiba di situ ?

Ini lah yang menimbulkan tanda-tanya ramai manusia dan pelbagai pendapat telah diutarakan.
- Ada yang mengatakan kerana medan magnet yang menarik ke dasar laut, kerana tempat itu berada di garisan Agonik (Agonic line), di mana utara magnetik sama dengan utara geografik.
- Ia juga merupakan tempat pertemuan arus sejuk dan arus panas, yang boleh mewujudkan medan magnet. Juga diakui adanya wap yang naik dari air kawasan tersebut.
- Ada yang mengatakan kapal-kapal tenggelam kerana adanya gas methana dan terjadinya proses Methane hydrate yang mengurangkan ketumpatan air.
- Adanya satu kawasan yang diberi nama ‘Blue Hole’, tetapi ia masih diragui kerana Blue Hole tidak mampu untuk menyedut kapal-kapal besar.
- Terjadinya ribut dan ombak laut yang amat besar menenggelamkan kapal-kapal yang melaluinya.
- Ada pula pendapat mengatakan mereka diculik oleh makhluk asing yang tinggal di situ.
- Dan tidak kurang yang mengatakan mereka diculik oleh kerajaan jin dan iblis.
Maka teori sekadar tinggal teori. Tetapi pendapat yang terakhir itu ada banyak relevannya dari segi kerohanian kerana ada banyak sebab. Antaranya;
- Iblis dan jin telah banyak yang lari ke kawasan lautan dan dasar laut.
- Syaitan amat suka bermain-main di tempat antara cerah dan gelap, sejuk dan panas.
- Dajjal telah bersepakat dengan kerajaan Iblis, dan mereka mahu meniru dan melawan istana Nabi Sulaiman dahulu, lalu mereka bina singgahsana kristal di tengah lautan.

Maka timbul pula soalan, mengapa mereka mahu menculik manusia? Maka di situ tidak pastilah apa tujuan mereka. tetapi andaian-andaian boleh dibuat kerana mungkin mereka perlukan tenaga manusia untuk bekerja dengan mereka, mungkin mereka mahu mengkaji tentang tubuh badan manusia, mungkin mereka mahu mengawal manusia yang mereka culik itu dan menjadikannya spy bagi mereka dan macam-macam andaian lagi boleh dibuat kerana penculikan itu ada logiknya berdasarkan kepada banyak faktor.
Dan begitu juga dengan teori-teori yang berkaitan dengan sains tadi, semuanya ada logiknya. Cuma yang mana paling tepat masih menjadi misteri. Bukan sekadar misteri nusantara, tetapi Misteri Antarabangsa! Dan mungkin ia juga ada kaitan dengan misteri tenggelamnya benua Atlantis suatu masa dahulu.

Semua tempat yg merupakan pertemuan dua laut, yakni pertemuan antara aliran air panas dan sejuk, adalah kawasan yang dipilih oleh Iblis dan pembantu2nya sebagai pusat pemerintahan kerajaan dan negaranya. Seperti yg dimaksudkan oleh Nabi Muhammad saw. ketika beliau melarang seseorang untuk duduk di antara tempat yang panas dan yang teduh. Beliau mengatakan, “Itu adalah tempat duduk syaitan”.


Kerajaan-kerajaan jin di atas air

Kita tinggal di atas Bumi yang merupakan 71% adalah permukaan air manakala hanya 28% daratan. Secara terangnya kita hanya menghuni hanya 1/3 dari kawasan Bumi (walaupun kita tidak menghuni secara padat). Iblis dan jin pula telah Allah ciptakan beribu-ribu tahun terlebih dahulu dari Allah mencipta Nabi Adam a.s sebagai khalifah di muka bumi ini. Menunjukkan betapa mereka sudah tersangat maju dalam sains dan teknologi sehinggakan tempat tinggal mereka berada di mana-mana termasuk di atas air.

Maka tidak hairanlah apabila kita melihat sekarang ada manusia pun yang dapat berjalan atas air, walaupun dia bukannya seorang Islam yang warak. Tidak lain dan tidak bukan semua itu adalah dengan bantuan para jin.

Apa kesukaan jin dan kesukaan manusia ?

Dan makhluk-makhluk halus yang terdiri dari unsur-unsur api, zarah-zarah mereka terdiri dari caj-caj elektrik, amat suka kepada tempat pertemuan antara panas dan sejuk. Maka Segitiga Bermuda dan Segitiga Formosa adalah antara tempat pertemuan arus panas dan sejuk yang terbaik di dunia kerana ia terletak strategik di tengah garisan khatulistiwa Bumi. Dan tidak lupa jin-jin juga suka makan asap, kerana asap juga berasal dari unsur api. Seperti mana kita manusia yang sukakan minuman segar, makanan yang hangat, buah-buahan segar dan menghirup oksigen dan udara segar kerana kita ini terdiri dari 4 unsur iaitu air, api, tanah dan angin. Air pasangannya api manakala tanah pasangannya angin.

KESIMPULAN

Kesimpulan Misteri 2 segitiga syaitan ini menghubung-kaitkan pula kepada beberapa misteri segitiga lain termasuklah
- piramid yang berbentuk segitiga,
- lambang syaitan dan kerajaan Israel yang berbentuk dua segitiga tonggang-terbalik dan gabungan segitiga-segitiga,
- konsep Trinity (3 dalam 1) di dalam agama kristian ,
- lambang-lambang segitiga yang banyak terdapat di serata dunia ,
- segitiga-segitiga emas (kawasan dadah),
- misteri UFO dan sebagainya
.

Dan hendaklah kita ingat, bukan hanya manusia yang mempunyai kerajaan di dunia ini, tetapi ada lagi makhluk lain yang berkerajaan termasuklah kerajaan jin dan iblis laknatullah. InsyaAllah, bicara tentang pengetahuan bersangkutan hal ini akan disinambungkan dari semasa ke semasa. Segala komen adalah dialu-alukan untuk mengutarakan pendapat-pendapat anda. Wallahu a’lam

Rujukan :
1 - Dialog dengan jin muslim - Muhammad Isa Dawud.
2 - Wikipedia

Teori Dan Ideologi Palsu Pesongkan Dunia


Teori Dan Ideologi Palsu Pesongkan Dunia :

Dewasa ini, terlalu banyak teori atau ideologi tersebar dan diperkatakan dalam dunia ini. Samada ianya diperdebatkan, diterima atau ditolak. Jika ditinjau dari skop politik, ekonomi atau sastera, semuanya mempunyai teori tersendiri. Dalam sastera melayu, pelbagai teori dicipta dan dibahaskan. Mutakhir ini, terdapat keghairahan dan keberahian sarjana dan pengarang sastera dalam mencetuskan teori baru sastera. Sesuatu yang perlu dibangkitkan; untuk apa semua teori ini? Relevankah ia ?

Apakah yang dimaksudkan dengan teori? Teori boleh dimaksudkan begini: pendapat (bersifat pandangan yang tidak dapat dibuktikan dengan kukuhnya) yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara dan sebagainya.
Protokol Cendekiawan Zionis Sedunia ke IX menyebut perihal teori dan ideologi. Bunyinya: Kita telah memperbodohkan, membingungkan dan mengotori pemikiran remaja goyim (bukan Yahudi) dengan mendidik mereka melalui prinsip dan teori yang walaupun kita tahu palsu, kitalah yang menciptanya.

Protokol kontroversi ini mengandungi 24 bab atau bahagian. Ia merupakan dokumen sulit yang menerangkan survival bangsa Yahudi pada masa 100 tahun. Dokumen ini mulanya didedahkan Sergius A Nilus.

Tiada bukti jelas siapa penulis dan mastermind protokol ini, tetapi ada spekulasi menyatakan ia diilhamkan oleh seorang wartawan Yahudi, Theodor Herzl yang juga dikenali sebagai bapa zionis.
Kaum Yahudi dalam surah al-Baqarah dikutuk kerana kejahatan dan kedegilan mereka. Beratus nabi telah dibunuh oleh mereka, misalnya Nabi Zakaria. Pendeta mereka terkenal sebagai ulama yang mengubahsuai kitab Injil, Zabur dan Taurat.
Terdapat cerita yang dipanggil Israeliyat, iaitu ciptaan pendeta mereka untuk menyesat dan memesongkan masyarakat awam.

Yahudi diketahui bergiat aktif dalam semua bidang kehidupan, terutama bidang teras atau utama seperti ekonomi dan politik.
Dalam dunia pemikiran, Yahudi tidak terkecuali. Untuk memukau pemikiran dunia, kadangkala mereka menunggang golongan intelektual bangsa goyim, selain tokoh mereka sendiri.

Penyebar Fahaman Yahudi

Tiga nama yang jelas disebut dalam Dokumen ke-IX adalah Karl Marx, Friedrich Nietzsche dan Charles Darwin. Mereka disebut sebagai tokoh berjaya membawa misi yang dikehendaki Yahudi. Kita ketahui juga, antara pemuka tulen Yahudi adalah Karl Marx, Sigmund Freud dan Lenin. Manakala di pihak goyim, termasuk George Bernard Shaw, Rosseaou, Darwin atau Nietzche.
Empat nama terakhir bukan berdarah Yahudi, tetapi dipercayai menjadi boneka dan dipergunakan secara sedar atau tidak oleh zionis dalam menjayakan misi mereka.
Shaw, penulis dan ahli falsafah British itu, seorang ahli aktif Kelab Fabian, sebuah persatuan anjuran Yahudi, selain Freemason dan Allience Israelite Universelle.
Dalam dunia politik, komunisme atau sosialisme diketahui jelas sebagai pembawaan dakyah atau agenda Yahudi.

Dengan fahaman komunis dan sosialis, mereka menggerakkan agenda revolusi untuk kehancuran dunia dan mengutip laba dalam politik, ekonomi dan sosial. Ini dibuktikan melalui kejayaan revolusi di Russia.

Slogan Freedom-equlity-fraternity juga disebar oleh intelektual Yahudi, walaupun ia disampaikan dari mulut bangsa goyim.

Perkara ini jelas tertera dalam catatan Protokol Zionis dengan nama mengejek kaum goyim.
Dalam jurusan sains politik, Harold J Laski, pensyarah di London School of Economics and Political Science adalah juga ahli jawatankuasa Fabian. Beliau dianggap sebagai rujukan penting bagi pelajar-pelajar dalam bidang sains politik.
Beliau sebenarnya adalah arkitek dan pembangun Yahudi dalam merangka teori pemikiran politik goyim. Buku tulisannya dipelajari di sini, Dewan Bahasa dan Pustaka sendiri telah menterjemahkan salah sebuah karya politiknya. Bahkan Lee Kuan Yew suatu ketika dahulu pernah berguru dengan Harold J Laski.

Buku sains politik, The Social Contract, karya Jean Jacques Rousseau yang mengumandangkan idea abad ke-18, persamaan manusia menurut lumrah alam adalah produk Yahudi.
Siapakah meniupkan inspirasi kepada Rousseau yang buah fikirannya dalam buku itu didakwa berjaya menyumbangkan peratusan besar faktor penyebab meletupnya revolusi di Perancis tahun 1789 itu? Beliau adalah Dr. Kallen, seorang Yahudi ahli Kelab Fabian.

Sokongan Negara Luar

Revolusi Perancis memberikan keuntungan besar kepada Yahudi. Revolusi Perancis telah menghadiahkan kebebasan sivil kepada Yahudi di Eropah Barat.
Seterusnya, Dean Roscoe Pound (Yahudi penganjur liberalisme) Kemudian David Ricardo telah mengobarkan doktrin abad ke -19 iaitu idea persamaan manusia menurut kejenteraan.
Dalam sastera, pemikiran berbaur Yahudi tidak terkecuali dan tidak dapat dinafikan. Misalnya, feminisme, absurdisme, eksistensialisme, surrealisme, realisme magis atau romantisme.
Meskipun bebas dan tidak diterbitkan pemuka Yahudi secara terang-terangan, tetapi dari satu segi, semua isme ini seolah-olah melengkapi, menyetujui dan menyokong pernyataan dokumen tadi. Berapa ramai intelektual dan sarjana sastera Malaysia mabuk dan selalu berhujah dengan menggunakan teori di atas ?

Semua ini menuju matlamat untuk membingungkan pemikiran bangsa bukan Yahudi dalam usaha mereka untuk menguasai dunia. Ini semua dijalankan untuk kepentingan mereka.
Mereka cuba meletakkan perangkap dalam setiap bidang kehidupan, samada untuk melekakan, membingungkan atau merosakkan.

Teori di atas tiada gunanya, Ia amat tidak praktikal sama sekali. Kita ambil contoh feminisme, bolehkan diwujudkan persamaan hak antara wanita dan lelaki?
Kesamaan atau ketidaksamaan hak wanita dan lelaki sudah jelas dalam al-Quran, maka apa lagi yang mahu diambil dari Feminisme?

Mungkin terdapat pemikiran yang dibawa Yahudi baik dan positif. Hal ini mengingatkan kepada kisah Nabi Muhammad SAW dengan sekumpulan wanita berkisar persoalan ahli nujum.
Mereka bertanya kepada baginda, mengapa meramal nasib diharamkan? Walhal tilikian itu adakalanya tepat. Baginda menjawab, samada tepat atau tidak, haram hukumnya meramal nasib. Ini kerana mereka mencampurkan antara kebenaran dan kebatilan.

Kesedaran

Seharusnya satu penilaian semula dilakukan ke atas semua teori dan ideologi yang selama ini kita praktikkan. Dalam tulisan ini khasnya, merujuk teori sastera.
apakah sebenarnya teori? apa perlu adanya teori? Apa relevannya teori?
Kita bimbang jika pemikiran kita dilekakan dengan pembuatan, perbahasan dan penamaan teori yang tiada gunanya dan semua ini akhirnya menjayakan misi Yahudi dalam melekakan pemikiran umat manusia dari menghadapi kenyataan dan masalah sebenar. Malah dikhuatiri produk dan calon intelektual yang dikeluarkan pusat pengajian tinggi kelak, hanya mengajar, membahas dan menyebut teori yang tidak ada gunanya, tidak berpijak di bumi nyata atau khayalan semata.

Kita akhirnya leka dan sesat dalam permainan teori dan ideologi semata. Juga dibimbangkan, dalam keadaan kita mengkritik kaum muda yang dijangkiti kuman penyakit sosial yang disebar Yahudi seperi budaya Hedonisme atau Hippies, golongan intelektual sendiri lebih dahsyat dilekakan dengan candu teori dan ideologi tak berguna ciptaan Yahudi.

Petikan dari: Akhbar Berita Mingguan, Ahad - 2 Jun 2002

Saturday, May 3, 2008

Dakwah Kristian




YUSUF Estes menyifatkan pengislamannya sebagai perkara yang paling berharga dalam hidupnya.
Untuk panduan bila berdakwah atau berdialog kepada orang Kristian, telah murtad atau ingin masuk Kristian, Berdakwahlah dengan bijaksana, berdiplomasi dan jangan ada sebarang paksaan. Tanya mereka dan gunakan hujah dari bible (injil) untuk meyakinkan mereka bahawa bible itu sebenarnya bukan kitab suci tapi tulisan manusia dan banyak percanggahan.

1. Tanya mereka Jesus itu tuhan atau anak tuhan?
2. Kalau Jesus itu Tuhan : -

1. Kalau Jesus dianggap Tuhan kerana boleh menghidupkan orang mati , Elisa (Ilyas) juga boleh menghidupkan orang mati [Raja-Raja 2 13:21] Pada suatu kali orang sedang menguburkan mayat. Ketika mereka melihat gerombolan datang, dicampakkan merekalah mayat itu ke dalam kubur Elisa, lalu pergi. Dan demi mayat itu kena kepada tulang-tulang Elisa, maka hiduplah ia kembali dan bangun berdiri. Malah Elisa lebih hebat kerana tulang beliau boleh menghidupkan orang mati

2. Kalau Jesus dianggap Tuhan kerana boleh menyembuhkan orang buta, Elisa (Ilyas) juga boleh menyembuhkan orang buta [Raja-Raja 2 6:17] Lalu berdoalah Elisa: “Ya TUHAN: Bukalah kiranya matanya, supaya ia melihat.” Maka TUHAN membuka mata bujang itu, sehingga ia melihat. Tampaklah gunung itu penuh dengan kuda dan kereta berapi sekeliling Elisa. [Raja-Raja 2 6:20] Segera sesudah mereka sampai ke Samaria berkatalah Elisa: “Ya TUHAN, bukalah mata orang-orang ini, supaya mereka melihat.” Lalu TUHAN membuka mata mereka, sehingga mereka melihat, dan heran, mereka ada di tengah-tengah Samaria.

3. Kenapa Jesus (Tuhan) dibawa Iblis?

1. [Lukas 4:5] Lalu Iblis membawa Yesus ke tempat yang tinggi, dan dalam sekejap mata Iblis menunjukkan kepada-Nya semua kerajaan di dunia.

2. [Matius 4:5] Kemudian daripada itu Iblis itu pun membawa Yesus ke negeri suci, lalu ditaruhnya Dia di atas bubungan Bait Allah,

4. Kalau Jesus Tuhan, sepatutnya dia tidak berdosa, mengapa dia mintak ampun?[Matius 6:12] Dan ampunilah kiranya kepada kami segala kesalahan kami, seperti kami ini sudah mengampuni orang yang berkesalahan kepada kami.

5. Kalau Jesus tuhan kerana dia lahir tanpa bapa, bukan Jesus sahaja lahir tanpa bapa. (Malkisedik juga, malah tidak bersalasilah lagi)

§ [Ibrani 7:1] Adapun Malkisedik itu, yaitu raja di Salem dan imam Allah taala, yang sudah berjumpa dengan Ibrahim tatkala Ibrahim kembali daripada menewaskan raja-raja, lalu diberkatinya Ibrahim,

§ [Ibrani 7:2] kepadanyalah juga Ibrahim sudah memberi bahagian sepuluh esa. Makna Malkisedik itu jikalau diterjemahkan, pertama-tama artinya raja keadilan, kemudian pula raja di Salem, yaitu raja damai:

§ [Ibrani 7:3] Yang tiada berbapa, dan tiada beribu, dan tiada bersilsilah, dan tiada berawal atau berkesudahan hidupnya, melainkan ia diserupakan dengan Anak Allah, maka kekallah ia Imam selama-lamanya. Patutkah Manusia merancang membunuh Tuhan? (Jesus) [Matius 27:1] Setelah hari siang, maka segala kepala imam dan orang tua-tua kaum pun berundinglah atas hal Yesus, supaya dibunuhkan Dia.
Patutkan Tuhan (Jesus) berdukacita? [Matius 26:38] Kemudian kata Yesus kepada mereka itu, “Hati-Ku amat sangat berdukacita, hampir mati rasa-Ku; tinggallah kamu di sini dan berjagalah serta-Ku.”
Wajarkah Tuhan dilahirkan oleh manusia? [Lukas 2:11] Hari ini di kota Daud telah lahir Raja Penyelamatmu yaitu Kristus, Tuhan.
Wajarkah Tuhan tidak berkuasa?[Yahya (Yohanes) 5:30] Aku tidak dapat berbuat apa-apa dari diri-Ku sendiri;
Mustahil Tuhan menjadi utusan Tuhan[Yahya (Yohanes) 5:30] Aku tidak dapat berbuat apa-apa dari diri-Ku sendiri; Aku menghakimi sesuai dengan apa yang Aku dengar, dan penghakiman-Ku adil, sebab Aku tidak menuruti kehendak-Ku sendiri, melainkan kehendak Dia yang mengutus Aku.

Mustahil Tuhan (Jesus) mengutuk makhluk (pohon) yang diciptakannya sendiri
* § [Matius 21:18] Pada pagi-pagi harinya, apabila Ia kembali ke negeri itu, Ia berasa lapar.
* § [Matius 21:19] Serta dipandang-Nya sepohon ara di sisi jalan, pergilah Ia ke situ, dan didapati-Nya satu apa pun tiada di pohon itu, melainkan daun sahaja. Lalu berkatalah Ia kepadanya, “Janganlah jadi buah daripadamu lagi selama-lamanya.” Maka dengan seketika itu juga layulah pohon ara itu.

Wajarkah Tuhan digoda iblis , merasa lapar?
* § [Lukas 4:1 Yesus] dikuasai oleh Roh Allah pada waktu Ia meninggalkan Sungai Yordan. Roh Allah memimpin Dia ke padang gurun.
* § [Lukas 4:2] Di situ Ia dicobai oleh Iblis empat puluh hari lamanya. Sepanjang waktu itu, Ia tidak makan apa-apa. Jadi pada akhirnya Ia merasa lapar.
Wajarkah Tuhan diikat oleh manusia?
* § [Matius 27:1] Setelah hari siang, maka segala kepala imam dan orang tua-tua kaum pun berundinglah atas hal Yesus, supaya dibunuhkan Dia.
* § [Matius 27:2] Maka diikatnya Dia serta dibawa pergi, lalu diserahkannya kepada Pilatus, yaitu wakil pemerintah.
Wajarkah Tuhan disunat? [Lukas 2:21] Sesudah berumur delapan hari, anak itu disunat. Dan mereka menamakannya Yesus, nama yang diberikan malaikat kepada-Nya sebelum Ia dikandung ibu-Nya.
Kalau Jesus itu anak Tuhan…
Hujah Kristian mengatakan Jesus anak tuhan [Matius 3:17] Maka suatu suara dari langit mengatakan, “Inilah Anak-Ku yang Kukasihi, kepada-Nya pun Aku berkenan.” [Lukas 4:41] Roh-roh jahat pun keluar dari banyak orang, sambil berteriak-teriak, “Engkaulah Anak Allah!” Tetapi Yesus membentak mereka dan tidak mengizinkan mereka berbicara, sebab mereka tahu bahwa Dialah Raja Penyelamat.
TETAPI, kalau Jesus itu anak Tuhan, kenapa Jesus tidak tahu bila qiamat walaupun dia anak tuhan ?

§ [Markus 13:31] Langit dan bumi akan berlalu, tetapi perkataan-Ku tidak akan berlalu.
§ [Markus 13:32] Tetapi tentang hari atau saat itu tidak seorangpun yang tahu, malaikat-malaikat di sorga tidak, dan Anakpun tidak, hanya Bapa saja.”
Kalau Jesus itu anak Tuhan, ramai lagi anak Tuhan yang lain
o [Matius 5:9] Berbahagialah segala orang yang mendamaikan orang, karena mereka itu akan disebut anak-anak Allah.
o [Matius 5:45] supaya kamu menjadi anak-anak Bapamu yang di surga; karena Ia menerbitkan matahari-Nya bagi orang yang jahat dan yang baik, dan Ia menurunkan hujan ke atas orang yang benar dan yang tiada benar.
o [Matius 7:21] Bukannya tiap-tiap orang yang menyeru Aku, Tuhan, Tuhan, akan masuk ke dalam kerajaan surga; hanyalah orang yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di surga.
o [Keluaran 4:22] Maka engkau harus berkata kepada Firaun: Beginilah firman TUHAN: Israel ialah anak-Ku, anak-Ku yang sulung ;

Betulkah Jesus itu anak tuhan ?

0. Hujah Jesus Anak manusia (bukan anak tuhan)

§ [Matius 1:16] dan Yakub memperanakkan Yusuf, yaitu suami Maryam; ialah yang melahirkan Yesus, yang disebut Kristus.

§ [Matius 1:21] Maka ia akan beranakkan seorang anak laki-laki, dan hendaklah engkau menamakan Dia Yesus, karena Ialah yang akan melepaskan kaumnya daripada segala dosanya.”

§ [Matius 16:27] Karena Anak manusia akan datang dengan kemuliaan Bapa-Nya beserta dengan segala malaekat-Nya; pada masa itu Ia akan membalas kepada tiap-tiap orang menurut perbuatannya.

§ [Matius 26:2] “Kamu memang mengetahui bahwa dua hari lagi akan ada hari raya Pasah, dan Anak manusia akan diserahkan, supaya Ia disalibkan.”

§ [Yohanes (Yahya) 3:13] Tidak ada seorangpun yang telah naik ke sorga, selain dari pada Dia yang telah turun dari sorga, yaitu Anak Manusia.
Makna sebenar ANAK TUHAN. SUPAYA LEBIH JELAS, MAKNA ANAK ALLAH DALAM BAHASA IBRANI IALAH KEKASIH ALLAH ATAU MEREKA YANG TAATKAN PERINTAH ALLAH SEPERTI PARA NABI DAN RASUL. BAPA ITU DIPAKAI BUAT TUHAN. Sebagai contoh:-

0. Daud Anak Allah yang sulung [Mazmur 89:27] Iapun akan memanggil akan Daku: Engkau juga Bapaku! Allahku dan gunung batu selamatku!

1. Yakub Anak Allah yang sulung. [Keluaran 4:23] Maka firman-Ku kepadamu: Biarkanlah anak-Ku itu pergi, supaya ia berbuat ibadat kepada-Ku; jikalau engganlah engkau memberi akan dia pergi, bahwa sesungguhnya Aku akan membunuh anakmu laki-laki yang sulung. [Keluaran 4:24] Kalakian, maka pada tengah jalan, dalam rumah wakaf, datanglah Tuhan atas Musa, hendak membunuh dia.

2. Erayim Anak Allah yang sulung [Yeremia 31:9] Maka mereka itu datang sambil menangis, dan Aku menghantar akan mereka itu sambil membujuk-bujuk; bahwa Allahku memimpin mereka itu menyusur sungai-sungai yang berair pada jalan yang rata, padanya tiada terantuk kakinya, karena Akulah bagi Israel akan bapa, dan Efrayim itulah anak-Ku yang sulung.

3. [Matius 5:9] Berbahagialah segala orang yang mendamaikan orang, karena mereka itu akan disebut anak-anak Allah.

Jesus mengakui ALLAH itu tuhan yang esa, dia hanya utusan , anak manusia
0. Jesus mengakui Allah Tuhan yang Esa, Jesus pesuruh Allah

0. Perjanjian Lama (Old Testament)

1. Yahya(Yohanes) 17:3 Inilah hidup yang kekal, yaitu supaya mereka itu mengenal Engkau, Allah yang Esa dan benar, dan Yesus Kristus yang telah Engkau suruhkan itu

2. [Ulangan 4:35] Maka kepadamulah ia itu ditunjuk, supaya diketahui olehmu bahwa Tuhan itulah Allah, dan kecuali Tuhan yang esa tiadalah yang lain lagi.

3. [Markus 12:29] Jawab Yesus: “Hukum yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa.

4. [Ulangan 4:39] Sebab itu ketahuilah pada hari ini dan camkanlah, bahwa Tuhanlah Allah yang di langit di atas dan di bumi di bawah, tidak ada yang lain.

5. [Ulangan 6:4] Dengarlah olehmu, hai Israel! sesungguhnya Hua, Allah kita, Hua itu esa adanya

6. [Ulangan 6:14] Janganlah kamu mengikuti allah lain, dari antara allah bangsa-bangsa sekelilingmu
1. Perjanjian Baru (New Testament)

1. Jesus hanya utusan

0. [Yahya (Yohanes) 17:21] supaya mereka semua menjadi satu, sama seperti Engkau, ya Bapa, di dalam Aku dan Aku di dalam Engkau, agar mereka juga di dalam Kita, supaya dunia percaya, bahwa Engkaulah yang telah mengutus Aku.

1. [Yahya (Yohanes) 17:23] Aku di dalam mereka dan Engkau di dalam Aku supaya mereka sempurna menjadi satu, agar dunia tahu, bahwa Engkau yang telah mengutus Aku dan bahwa Engkau mengasihi mereka, sama seperti Engkau mengasihi Aku.
2. [Yahya (Yohanes)12:45] dan barangsiapa melihat Aku, ia melihat Dia, yang telah mengutus Aku.

3. Jesus menerima firman dari ALLAH, jadi Jesus bukan Tuhan, cuma utusan [Yahya (Yohanes) 17:8] Sebab segala firman yang Engkau sampaikan kepada-Ku telah Kusampaikan kepada mereka dan mereka telah menerimanya. Mereka tahu benar-benar, bahwa Aku datang dari pada-Mu, dan mereka percaya, bahwa Engkaulah yang telah mengutus Aku.

4. Jesus bukan tuhan kerana dia mengatakan “Bapa lebih besar dari pada Aku” [Yahya (Yohanes) 14:28] Kamu telah mendengar, bahwa Aku telah berkata kepadamu: Aku pergi, tetapi Aku datang kembali kepadamu. Sekiranya kamu mengasihi Aku, kamu tentu akan bersukacita karena Aku pergi kepada Bapa-Ku, sebab Bapa lebih besar dari pada Aku

5. Jesus mengakui dia tidak sama dengan Tuhan [Samuel ke 2 7:22] Sebab itu Engkau besar, ya Tuhan ALLAH, sebab tidak ada yang sama seperti Engkau dan tidak ada Allah selain Engkau menurut segala yang kami tangkap dengan telinga kami.
Jesus penembus (pengampun) dosa, disalib untuk menebus dosa warisan ?

0. Hujah Jesus penembus (pengampun) dosa

0. [Kisah Para Rasul 5:31] ialah yang telah ditinggikan oleh Allah sendiri dengan tangan kanan-Nya menjadi Pemimpin dan Juruselamat, supaya Israel dapat bertobat dan menerima pengampunan dosa.

1. [Lukas 2:8] Pada malam itu ada gembala-gembala yang sedang menjaga domba-dombanya di padang rumput di daerah itu.[Lukas 2:9] Tiba-tiba malaikat Tuhan menampakkan diri kepada mereka, dan cahaya terang dari Tuhan bersinar menerangi mereka, dan mereka sangat ketakutan.[Lukas 2:10] Tetapi malaikat itu berkata, “Jangan takut! Sebab saya datang membawa kabar baik untuk kalian–kabar yang sangat menggembirakan semua orang.Lukas 2:11 Hari ini di kota Daud telah lahir Raja Penyelamatmu yaitu Kristus, Tuhan.

1. Namun Jesus hanya melepaskan dosa kaumnya sahaja

0. [Matius 1:21] Maka ia akan beranakkan seorang anak laki-laki, dan hendaklah engkau menamakan Dia Yesus, karena Ialah yang akan melepaskan kaumnya daripada segala dosanya.”

1. [Matius 15:24] Maka jawab Yesus, kata-Nya, “Tiadalah Aku disuruhkan kepada yang lain hanya kepada segala domba yang sesat dari antara bani Israel

2. Mengapa Jesus mintak tolong sedangkan dia tahu dia akan disalib?

§ [Matius 26:1] Setelah Yesus menyudahkan segala ucapan itu, maka bertuturlah pula Ia kepada murid-murid-Nya,

§ [Matius 26:2] “Kamu memang mengetahui bahwa dua hari lagi akan ada hari raya Pasah, dan Anak manusia akan diserahkan, supaya Ia disalibkan.”

§ [Matius 27:46] Maka sekira-kira pukul tiga itu berserulah Yesus dengan suara yang nyaring, kata-Nya, “Eli, Eli, lama sabakhtani!” Artinya, “Ya Tuhan-Ku, ya Tuhan-Ku, apakah sebabnya Engkau meninggalkan Aku?”

3. Wajarkah orang yang disalib (yang terkutuk) menjadi pengampun dosa? [Galatia 3:13] Kristus telah menebus kita dari kutuk hukum Taurat dengan jalan menjadi kutuk karena kita, sebab ada tertulis: “Terkutuklah orang yang digantung pada kayu salib!”

4. Menurut Kristian, setiap manusia memikul dosa sejak dilahirkan.Tetapi bible/injil menjelaskan sebaliknya: -

5.
0. Dosa ditanggung sendiri

1. [Yehezkiel 18:20] Orang yang berbuat dosa, itu yang harus mati. Anak tidak akan turut menanggung kesalahan ayahnya dan ayah tidak akan turut menanggung kesalahan anaknya. Orang benar akan menerima berkat kebenarannya, dan kefasikan orang fasik akan tertanggung atasnya.

2. [Roma 2 2:5] Tetapi oleh kekerasan hatimu yang tidak mau bertobat, engkau menimbun murka atas dirimu sendiri pada hari waktu mana murka dan hukuman Allah yang adil akan dinyatakan.

3. [Roma 2 2:6] Ia akan membalas setiap orang menurut perbuatannya,

4. [Matius 16:27] Sebab Anak Manusia akan datang dalam kemuliaan Bapa-Nya diiringi malaikat-malaikat-Nya; pada waktu itu Ia akan membalas setiap orang menurut perbuatannya.

5. [Korintus 5:10] Sebab kita semua harus menghadap takhta pengadilan Kristus, supaya setiap orang memperoleh apa yang patut diterimanya, sesuai dengan yang dilakukannya dalam hidupnya ini, baik ataupun jahat.

6. Bayi pun masuk syurga, tiada dosa warisan [Matius 19:14] Tetapi kata Yesus, “Biarkanlah kanak-kanak itu, jangan dilarangkan mereka itu datang kepada-Ku, karena orang yang sama seperti inilah yang empunya kerajaan surga.”

9. Kalau 3 dalam 1(Trinity) – Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Rohhulkudus.

1. Hujah kristian Jesus bersatu dengan tuhan [Yahya(Yohanes) 10:30] Aku dan Bapa itu Satu adanya.”

2. Kalau bersatu kenapa tuhan tinggalkannya:- [Matius 27:46] Maka sekira-kira pukul tiga itu berserulah Yesus dengan suara yang nyaring, kata-Nya, “Eli, Eli, lama sabakhtani!” Artinya, “Ya Tuhan-Ku, ya Tuhan-Ku, apakah sebabnya Engkau meninggalkan Aku?”

3. Bukan setakat “3 dalam 1” tapi “12 dalam 1”“Mereka” (Sahabat Jesus yang 12) juga menjadi satu dengan tuhan. [Yahya (Yohanes) 17:23] Aku di dalam mereka itu, dan Engkau di dalam Aku, supaya mereka itu sempurna di dalam satu persekutuan; supaya isi dunia ini mengetahui bahwa Engkau yang menyuruh Aku serta mengasihi mereka itu sama seperti Engkau mengasihi Aku.

10. Jikalau bible/injil itu kitab yang suci, mengapa terdapat percanggahan yang ketara, contohnya:-

1. Kesaksian, benar atau tidak ?

1. [Yohanes (Yahya) 8:14] Jawab Yesus kepada mereka, kata-Nya: “Biarpun Aku bersaksi tentang diri-Ku sendiri, namun kesaksian-Ku itu benar, sebab Aku tahu, dari mana Aku datang dan ke mana Aku pergi. Tetapi kamu tidak tahu, dari mana Aku datang dan ke mana Aku pergi.

2. [Yohanes (Yahya) 5:31] Kalau Aku bersaksi tentang diri-Ku sendiri, maka kesaksian-Ku itu tidak benar;

3. John 8:14Though I bear record of myself, [yet] my record is true:
4. John 5:31If I bear witness of myself, my witness is not true
2. Tuhan dilihat – 1.Hanya Jesus, 2. Ibrahim juga

o [Yohanes (Yahya) 1:18] Tidak seorangpun yang pernah melihat Allah; tetapi Anak Tunggal Allah, yang ada di pangkuan Bapa, Dialah yang menyatakan-Nya.

o [Kejadian 18:1] Kemudian TUHAN menampakkan diri kepada Abraham dekat pohon tarbantin di Mamre, sedang ia duduk di pintu kemahnya waktu hari panas terik.
Yoram vs Hadoram

0. [Samuel 2 8:9] Ketika didengar Tou, raja Hamat, bahwa Daud telah memukul kalah seluruh tentara Hadadezer,[8:10] maka Tou mengutus Yoram, anaknya, kepada raja Daud untuk menyampaikan salam dan mengucapkan selamat kepadanya, karena ia telah berperang melawan Hadadezer dan memukul dia kalah, sebab Hadadezer sering memerangi Tou. Dan Yoram membawa barang-barang perak, emas dan tembaga.

1. [Tawarikh 1 18:9] Ketika didengar Tou, raja Hamat, bahwa Daud telah memukul kalah seluruh tentara Hadadezer, raja Zoba,[18:10] maka ia mengutus Hadoram, anaknya, kepada raja Daud untuk menyampaikan salam dan mengucapkan selamat kepadanya, karena ia telah berperang melawan Hadadezer dan memukul dia kalah, sebab Hadadezer sering memerangi Tou. Dan Hadoram membawa pelbagai barang-barang emas, perak dan tembaga.
Betah & Berotai vs Tibhat dan Kun

0. [Samuel 8:8] Dan dari Betah dan dari Berotai, yaitu kota-kotanya Hadadezer, raja Daud mengangkut amat banyak tembaga.

1. [Tawarikh 118:8] Dan dari Tibhat dan dari Kun, yaitu kota-kotanya Hadadezer, Daud mengangkut amat banyak tembaga; dari padanya Salomo membuat “laut” tembaga, tiang-tiang dan perlengkapan tembaga.

Umur Ahazia – 22 tahun vs 42 tahun

0. [Raja-Raja 2 8:26] Ia berumur dua puluh dua tahun pada waktu ia menjadi raja dan setahun lamanya ia memerintah di Yerusalem. Nama ibunya ialah Atalya, cucu Omri raja Israel.

1. [Tarawikh 2 22:2] Ahazia berumur empat puluh dua tahun pada waktu ia menjadi raja dan setahun lamanya ia memerintah di Yerusalem. Nama ibunya ialah Atalya, cucu Omri.
Tuhan atau iblis yang mengajak Daud ?

0. [Samuel 2 24:1] Bangkitlah pula murka TUHAN terhadap orang Israel; Ia menghasut Daud melawan mereka, firman-Nya: “Pergilah, hitunglah orang Israel dan orang Yehuda.”

1. [Tawarikh 1 21:1] Iblis bangkit melawan orang Israel dan ia membujuk Daud untuk menghitung orang Israel.

BAHTERA NABI NUH a.s





Di sebuah gunung yang sentiasa diselimuti salji yang terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri 'berharga' yang berusia lebih 5000 tahun Peninggalan sejarah yang maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA / KGB pun cuba menyelongkar. Pihak-pihak CIA telah menggunakan satelite dan pesawat 'Stealth' untuk mengambil gambar objek yang terdampar di puncak gunung itu.
Gambar-gambar itu telah menjadi 'rahsia besar' dan disimpan rapi dengan kawalan yqng ketat bersama degan 'rahsia-rahsia' penting yang lain di Pentagon. Sudah beratus-ratus orang cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yang bermaksud 'Gunung Kesengsaraan' atau dengan nama petanya iaitu “ Mount Ararat “, namun hanya beberapa kerat saja yang berjaya.Yang sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban.
Sehingga ke hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki sahaja yang berjaya sampai ke puncak Gunung Ararat dan dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yang 'mahaberharga' itu.Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar.
Apa yang masih menjadi tanda tanya,kesemua orang-orang yang berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai-bagai bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dengan penuh misteri.Hanya semata-mata kerana gambar tersebut. Memang ramai org yang telah mengambil gambar kesan sejarah 'Noah' itu telah mati misteri.
Soalnya sekarang, mengapakah 'kuasa-kuasa besar' mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat-tempat rahsia tentera ?. Mengapa mereka tidak mahu mengesahkan bahawa peninggalan 'Noah' benar-benar ada di puncak Gunung .Ararat itu ? Pada masa yang sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark ! Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai,kerana selama itu orang menafikannya.
Samalah The Great Noah Ark tu pun.Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 tahun itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa untuk dibongkar.
Sebenarnya, zaman Nabi Nuh AS dulu tidaklah seprimitif yang kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman itu mereka sudah maju ke hadapan. Pengetahuan Sains mereka sudah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun, Para Pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yang digunakan untuk menyadurkan logam.
Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer.Nuh AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 SM dan hujan mula turun pada tahun 2345 SM
Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada didunia sekarang. Mengikut para pendaki yang pernah melihat " Noah Ark " di puncak Gunung Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yang cukup hebat. " Noah Ark " itu diperbuat daripada spesis kayu purba yang memang sudah tidak wujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, bebentuk ' kotak kasut ', tidak cantik, tapi sangat berfungsi.
Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit. Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dengan jari yang digunakan oleh orang-orang zaman dahulu. Bersamaan 18 inci bagi 1 cubit, bermakna panjang " Noah Ark " ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi.
Ada juga Para Pengkaji berpendapat," Noah Ark " berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup untuk memuatkan 170 gerabak ketapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak untuk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.
Hari ini terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini. Mengikut kajian Dr.Whitcomb,
dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia,
8600 jenis itik / burung ,6300 jenis reptilia ,2500 jenis amfibia yang menaiki The Great Noah Ark itu.Berat kargo / muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan.
Di sebalik fakta saintifik, anda perlu ingat :
Perumpamaan Ahlul Baytku ibarat Bahtera Nuh. Sesiapa yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam.
( Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277 ; Al-Tabrani, al-Mu'jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.168 )

The Great Noah Ark ini berada di Gunung Ararat, dimanakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar ?
Mengikut seorang pengkaji 'Noah Ark' ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yang terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yang unik. Antara salah satu keunikan yang terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.
Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yang mempunyai kemuncak yang luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yang tertinggi sekali di Turkey. Gunung ini tegak sendirian degan kemuncak dipanggil Ararat Besar dengan ketinggian 16,984 kaki.Bersententangan dgn sebuah lagi kemuncak gunung yg dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit. Orang yang menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu " Russia, Iran,Turkey".
Kedudukan Mt.Ararat yang sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada
suatu masa dahulu. Sekiranya kita melihat CNN hari ini masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey vs Puak-puak Guerilla Qurdish yang mahukan kemerdekaan dari kerajaan Turkey.
Keluasan dasar [ bawah ] Mt.Ararat itu kira-kira 25 batu garis pusat.Garis pusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki. Ketulan-ketulan air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jatuh ke dalam jurang Ahora

Sebuah 'anchor' purba yang besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yang digunakan oleh 'Noah Ark' semasa berlabuh di puncak Mt.Ararat. Sebuah 'batu nisan' yang didakwa kepunyaan nabi Nuh AS telah dijumpai di Mt.Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang.
Pada tahun 1917,Maharaja Russia Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 org pakar pelbagai bidang yang terdiri dari jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik The Great Noah Ark tersebut.
Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan untuk sampai ke puncak Mt.Ararat itu.Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui 'Noah Ark' tersebut.
Dalam keadaan tergaman,kagum mereka mengambil gambar sebanyak yang mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur size 'Noah Ark' dan didapati 'Noah Ark' itu berukuran 500 kaki panjang,83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [ bahagian selebihnya tenggelam didalam salji ]
Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist ( 1917 ) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala 'laporan siasatan' itu masih disimpan atau dimusnahkan
















Artikel Pengalaman-pengalaman Menarik Para Pengkaji Noah Ark.

* Catatan Mr.Ronald Bennet, bekas jurufoto Whitehouse yg sekarang ini telah bersara,tinggal di sebuah bandar -La Jolla,California

US.President-Jimmy Carter telah dijemput hadir ke Majlis Tahun Baru yang diadakan oleh Shah Iran di Tehran. Ronald Bennet telah ternampak sesuatu berbentuk seperti 'kotak kasut yang besar' ditimbus air batu ketika Air Force One yang membawa President Jimmy Carter melintasi Mt.Ararat. [ Air Force One telah bertolak dari Washington DC menuju ke Warsaw, Poland pada 29th.Dec.1977 dan kemudiannya ke Tehran pada 31th.Dec.1977 ]
" Saya adalah jurufoto dan wartawan yang meliputi segala aktiviti Whitehouse selalu sahaja ikut President Jimmy Carter ke mana-mana bagi membuat laporan tentang aktiviti US.President. Semasa peristiwa itu berlaku, kami dalam perjalanan dari Poland ke Tehran. Semasa terbang diutara Turkey, kami telah disuruh memandang ke tingkap. Pada masa yang sama ada beberapa buah pesawat MIG Fulcrum USSR sedang mengiringi Air Force One yg kami naiki. Kami memandang ke tingkap kami nampak dengan jelas "sebuah kotak panjang seperti bahtera yang besar sebahagiannya ditutupi dengan airbatu."

· Gambar The Noah Ark Yang Hilang

Seorang jurutera minyak telah menaiki helikopter di bahagin Utara Mt.Ararat kerana urusan perniagaan.Tiba-tiba terkejut melihat satu kotak besar yang panjang menyerupai bahtera terjulur keluar dari air batu. Jurutera itu kemudiannya menyuruh juru terbangnya mendekatkan helikopter ke bahtera sedekat yang mungkin bagi mengambil seberapa banyak gambar.
Dengan rasa bangga dan seronok dia menunjukkan segala gambar-gambar yang telah diambil olehnya itu kepada semua rakan-rakan di Timur tengah dan Amerika. Dalam masa yang sama dia cuba mencari bantuan kewangan untuk menjalankan satu ekspidisi bagi mencari " Noah Ark". Malangnya dia tidak berjaya dan dengan rasa kecewa dia ke British Guyana dan membuka lombong minyak disitu.
Pada 27th.Dec.1962, Jurutera itu dijumpai mati dibunuh dengan keadaan badannya dijumpai terapung di kolam renang hotel.
Kawan baiknya dalam membuat laporan Polis ada mengatakan bahawa almari tempat menyimpan segala gambar / filem " Noah Ark " telah digeledah orang 10 hari sebelum kejadian.
Filem dan gambar Noah Ark telah hilang, ramai kawan baik jurutera itu mengesahkan yang mereka telah melihat foto hitam / putih " Noah Ark" yg berukuran 8 X 10 inchi. Dan tidak menolak kemungkinan di bunuh kerana foto tersebut.

· Pengakuan Paderi Kristian - Pastor Harold William dari Logansport, Indiana

Pengakuan dibuat pada sebuah media, ada seorang kawannya seorang imigran Muslim yang berbangsa Armenia bernama Haji Yearam yang telah tinggal di kaki Mt.Ararat. Mengikut sejarah / tradisi,mereka ini adalah keturunan terus menerus yang keluar dari " Noah Ark " itu dan tidak berhijrah ke mana-mana. Keturunan Haji.Yearam sentiasa tinggal di kaki Mt.Ararat itu.
Beberapa ratus tahun selepas 'banjir besar' , anak cucu keturunannya telah mendaki ke Puncak Ararat untuk memberi penghormatan dan melihat "Noah Ark" itu. Masa itu masih ada lagi laluan menuju ke bahtera dan entah bagaimana laluan itu telah musnah dan tidak dapat dikesan kini.Mungkin kerana perubahan cuaca,gempa bumi dan sebagainya.
Semasa Haji.Yearam masih kecil,ada beberapa orang bangsa asing telah datang ke rumahnya.Mereka ini adalah orang yang tidak percaya dengan Al-Quran dan sebarang agama. Mereka adalah saintis,mereka dalam perjalanan melakukan ekspidisi untuk membuktikan bahawa cerita The Great Noah Ark itu adalah berupa dongeng semata-mata.
Para saintist kemudiannya megupah bapa Haji.Yearam bagi menjadi pemandu ke Puncak Mt.Ararat dan Hj.Yearam yang pada masa itu masih kecil pun turut serta. Waktu itu musim panas, airbatu salji yang menutupi sebahgian Puncak Ararat mencair.
Selepas bersusah payah mendaki akhirnya mereka pun tiba di puncak. Dengan jelas "Noah Ark" kelihatan seolah-olah berada didalam tasik kecil. Air dari tasik kelihatan melimpah keluar turun kebawah Apabila mereka sampai di tasik itu, jelas kelihatan sebahagian dari "Noah Ark"itu tertonjol keluar dari airbatu.Para saintis kemudiannya meluru ke bahtera. Mereka tergaman dan berasa malu. Seluruh behgian luar dan dalam "Noah Ark" itu diselaputi syellek atau lacker serta bahan pengilat yang kuat dan tebal. Tidak kelihatan sebarang tingkap, terdapat hanya sebuah pintu besar tetapi daun nya sudah tiada lagi. Para saintis kemudiannya marah. Mereka cuba mengopek kayu bahtera tersebut, membuat unggun api bagi tujuan membakar dan memusnahkan "Noah Ark" tersebut Maha Suci Allah dengan keadaan kekurangan pelbagai alatan segala usaha mereka itu sia-sia. Apatah lagi dengan keadaan "Noah Ark" itu sendiri yang keras seperti batu. Kayunya tidak berupaya terbakar langsung.
Para saintist itu kemudianya memberi amaran kepada ayah Hj.Yearam agar merahsiakan apa yang mereka tahu dan nampak jika mahukan keluarga mereka selamat. Sebab itu dikala tuanya baru bercerita,itu pun hanya pada orang dipercayainya sahaja. Wallahuallam..

· Gempa Bumi

Pada 2 haribulan.May.1883 ,telah berlaku satu gempa bumi menyebabkan batu dan ketulan runtuh dan turun hingga menutup hampir keseluhuran kampung-kampung yang terdapat di kaki Mt.Ararat. Letupan gunung berapi amatlah dahsyat ,sehingga dikatakan keseluruhan benua Eropah dapat merasainya. Setahun kemudian, Kerajaan Turkey menghantar 1 kumpulan ekspidisi saintis bagi mengukur sejauh mana kemusnahan yang di akibatkan darinya.
Seorang Inggeris, Captain Gayscoyne yang juga merupakan seorang Duta British di Istanbul telah memohon kepada kerajaan Turkey untuk menyertainya. Dia amat bernasib baik kerana dapat melihat kemunculan The Great Noah Ark itu. Bukan itu sahaja, malah pasukan saintis / juru ukur itu telah dapat mengukur "Noah Ark" malangnya mereka tidak dapat mengukur dengan tepat dan lengkap kerana sebahagian darinya diselimuti dengan air batu dan hanya 20 hingga 30 kaki sahaja yang terjulur keluar. Tetapi para saintis / juru ukur itu dapat masuk ke dalam "Noah Ark".Apa yang mereka dapati ialah "Noah Ark" itu diperbuat dari kayu balak purba yang sudah tidak wujud lagi spesisnya di dunia hari ini. Jarak dari satu tingkat ke satu tingkat ialah 12 hingga ke 13 kaki.

· Kisah ED BEHLING.

Dalam tahun 1973 Ed Behling berada dalam Pasukan Tentera Udara yg. ditugaskan mengawal dan memberi perlindungan semasa pembinaan kem tentera di Diaberker ,kira-kira 100 batu dari tengarra gunung Ararat.. ia mempuyai kawan dari tentera turki Berketurunan Kurdish yg. bernama Mustafa.( sebagaimana yang. diketahui orang Kurdish dianggap "penjaga" gunung Ararat,," Namanya Mustafa dan dia juga seorang askar ketika itu dan saya tak mungkin dapat mencarinya lagi sekarang ini.." kata Edward Behling.
Saya dan Mustafa telah mendaki ke puncak Ararat pada bulan hujung Mei. Sebenarnya Mustafa sendiri pun langsung tidak pernah melihat "Noah Ark" itu sebelumnya,dan dia berjanji memujuk Pakcik saudaranya yang juga bangsa Qurdish agar turut membawa saya bagi tujuan melihat "Noah Ark" tersebut.
Saya tidak membawa 'kamera' kerana diberitahu pakcik Mustafa sangat berbahaya kerana "Noah Ark" itu letaknya bersempadan dengan Russia, sementara saya sendiri pula berbangsa Amerika jika ditangkap tentunya mereka semua akan mendapat susah. seperti yang telah dijangka, pada awalnya Pakcik Mustafa agak keberatan membawa saya ke "Noah Ark",apatah lagi saya ini berbangsa asing.[ orang Qurdish sememangnya sukar mempercayai orang luar]
Saya betul-betul hairan kerana ada satu kumpulan ekspidisi Noah Ark yang bertolak baru-baru ini tidak menemui Noah Ark walaupun menggunakan pemandu Qurdish. Dan saya syak mereka sengaja menunjuknya ke jalan yang tidak betul. Percayalah, jika golongan tua tidak merestui nescaya golongan muda yang memandu itu sekali-kali tidak akan ingkar. Tidak ada sesiapa yang dapat menghampiri "Noah Ark" tanpa kebenaran golongan tua Qurdish itu.
Setelah bangun awal, Pakcik Mustafa terus membawa kami ke sebelah kawasan gunung. Saya meresakan seolah-olah sedang melalui sebuah lorong di celah-celah batu dan salji turun dengan sungguh lebat. Pak Cik Mustafa itu seolah-olah tahu dengan tepat segala laluan yang dibawanya. Setelah beberapa lama berjalan meredah lorong batu saya merasa teramat-amat letih dan benar-benar berharap mereka akan berhenti rehat dengan tidak semena-mena tetiba Mustafa berpaling ke arah kami dan menunjukkan sesuatu saya tengok di satu lurah 50 kaki kebawah, Saya nampak sebuah binaan yang hitam dan besar . Ianya amat besar Salji yang menutup bahagian atasnya telah cair. Bahagian depan Bahtera itu sudah pecah dan berlubang. Saya tidak nampak sebarang pintu.Saya sendiri melihat benda sebesar itu terdampar di puncak Gunung Ararat. Oleh kerana cahaya agak kurang.lubang yang terdapat di bahtera itu tidak kelihatan. Bahtera itu berwarna hitam.Saya nampak ianya seperti satu kotak besar yang panjang. Saya nampak 150-200 kaki saja,selebihnya badan bahtera itu terkambus dengan salji. saya nampak bahagian hujung bahtera itu sudah dtakuk atau dipecahkan. Ketebalan dinding kapal itu lebih kurang 18 inci. Selepas memerhatinya, Pakcik Mustafa memberi isyarat untuk bergerak. Kami tak dapat untuk melompat kebawah ditempat kapal berada kerana ianya terlalu jauh. Kami tidak membawa tali , Saya memang nak sangat berjalan diatasnya tapi tidak ada peluang.

· Penemuan Dr Robert Ballard

Sekali lagi cerita dari Al-Qur'an terbukti kebenarannya melalui kajian saintifik yang dijalankan oleh barat. Sekumpulan pengkaji ukur bawah air ( underwater surveyors ) yang diketuai oleh Dr Robert Ballard, yang juga telah menemui Titanic, telah menemui sebuah bangunan lama berusia kira-kira 7500 tahun di dasar Laut Hitam, 12 batu dari pantai Turki. Mereka telah menemui struktur bangunan dari batu dan kayu beberapa ratus kaki dari paras air. Penemuan mereka menjadi bukti terhampir kejadian banjir besar di zaman Nabi Noh seperti diceritakan di dalam Al-Qur'an dan juga Old Testament. Ahli sains percaya penemuan tersebut membuktikan kewujudan sebuah kawasan penempatan yang telah tenggelam disebabkan banjir besar yang melanda sekitar tahun 5000 sebelum masihi. Menurut teori mereka, banjir besar tersebut disebabkan pencairan glasier dari tanah tinggi di Eropah. "Ia merupakan penemuan yang sangat menakjubkan" kata Dr Ballad di dalam rancangan National Geographic Society bertajuk "Research Ship Northern Horizon". Beliau menerangkan bagaimana sebuah robot bawah air yang meninjau 300 kaki di bawah paras air telah menemui kawasan segiempat berukuran 12 x 45 kaki persegi di mana terdapatnya sebuah struktur daripada kayu dan tanah liat yang telah runtuh. "Beberapa artifak yang ditemui di situ tersimpan rapi tanpa diusik terdiri daripada bim kayu berukir, beberapa cabang kayu dan peralatan dari batu yang telah runtuh dan diselaputi lumpur"
kata Dr Ballard. Kumpulan pengkaji Dr Ballard memulakan kajian di kawasan tersebut setelah dua kapal selam pakar geologi dari Universiti Colombia di New York mencadangkan bahawa ia disebabkan oleh banjir besar beribu tahun dahulu. Mereka meramalkan apabila zaman ais (Ice Age) berakhir 12,000 tahun dahulu, glasier mula menjadi cair. Kawasan timur Mediteranian yang terputus daripada Laut Hitam telah menyebabkan Laut Hitam tidak ditenggelami air walaupun paras air lautan yang lain telah naik. Ini menyebabkan pada sekitar 7000 tahun yang lepas, empangan semula jadi di Bosphorus telah pecah menyebabkan air di Laut Mediteranian melimpah ke timur menjadi Laut Hitam yang sememangnya terputus daripada laut-laut yang lain. Kekuatan limpahan air tersebut dianggarkan 10,000 kali ganda Niagara Falls. Mereka mendakwa bukti saintifik menunjukkan bahawa kulit kerang dari kawasan tersebut berusia lebih 7000 tahun manakala yang daripada laut lain berusia sekitar 6500 tahun. Dr Ballard menerangkan "Banyak perkara berlaku telah berlaku apabila air tawar dari sebuah tasik bertukar menjadi air masin sebuah laut 7000 tahun dahulu dan hasil daripada banjir besar tersebut menyebabkan kawasan tanah darat yang sangat luas bertukar menjadi dasar laut".

Dipetik daripada : James Chapman, Daily Mail, UK, 14 September 2000.
Jamil Adimin Research and Graduate School
University of Manchester.


· Pengalaman Ahmet Ali Arslan - Ketua Pengarang sebuah akhbar berbahasa Turkey di Washington DC.

Pernah bekerja sebagai juruhebah di stesen radio Suara Amerika.Beliau juga seorang penasihat dan penyelidik kanan Institut Sains dan International Technology-Washington DC. "Keluarga saya dari Aralik yg terletak di kaki Mt.Ararat.Di situlah saya dibesarkan. Semenjak kecil saya telah naik ke gunung itu mungkin telah lebih dari 50 kali termasuklah ekspidisi Navarra.Saya menemani satu rombongan ekspidisi saintist dalam tahun 1989 untuk mencari kawasan jurang yang dikenali sebagai Lurah Ahora di pinggir gunung itu, Lurah Ahora ini adalah satu lurah yang sangat curam dan bahaya. Oleh kerana saya seorang wargenegara Turkey maka saya diberi kebenarkan membuat siasatan ke bahagian-bahagian tertentu di Mt.Ararat yang mana dikenalpasti oleh satelit sebagai kawasan yang mungkin merupakan kawasan bahtera. Sebaik sahaja saya dekat dengan kawasan itu lapisan ais yang saya pijak mula bergerak dan saya telah tergelincir sejauh berpuluh-puluh kaki ke bawah jurang. Mujurlah saya tidak terjatuh ke dalam lubang jurang. Apabila saya berdiri,dihadapan saya kira 2,100 kaki, saya terlihat satu struktur bangunan yang diperbuat daripada kayu. Kira-kira beberapa ribu kaki dari puncak gunung. Saya mula cepat-cepat ambil gambar. Saya yakin itulah The Great Noah Ark yang ada diceritakan oleh kebanyakkan orang. Jika ada pembaca yang ingin mendapat maklumat lanjut bolehlah menghubungi Dr Ahmet Ali Arsan dialamat 9430,Cloverdale Court, Burke, Va 22015, Amerika Syarikat.


Kenyataan dan Persoalan dari artikel / catatan pengkaji sejarah :

* Maha Suci Allah yang telah menentukan Bahtera Nabi Nuh AS ditempatkan diatas Gunung Ararat ( Gunung Kesengsaraan ) yang mana ianya menyukarkan para pengkaji dan saintis untuk merosakkan Bahtera tersebut dan satu dari pada kesan sejarah Islam yang terulung memerlukan keredaan Allah untuk dikaji.

* Beberapa saintis barat diberi hidayah Allah untuk mengakui kebenaran Islam melalui penemuan Bahtera Nabi Nuh AS yang juga mengiakan Kalam Allah yang termaktub dalam Al-Quran.

* Dan juga beberapa saintis barat yang menafikan Bahtera Nabi Nuh AS justeru ingin terus merosakkan.

* Kenapakah beberapa badan siasatan merahsiakan penemuan Bahtera Nabi Nuh AS dan bukti disimpan oleh Pentagon yang juga ingin merahsiakan misteri-misteri penemuan seperti Piramid, Kewujudan UFO, Penangkapan Makluk Asing, Misteri Segitiga Bermuda dan beberapa misteri yang masih disembunyikan dari umum.

Wallahualam
MENCARI KEBENARAN
Sudah menjadi fitroh semulajadi manusia itu menginginkan kebenaran. Sebab kebenaran itu ada-lah wajib dan ia merupakan pertunjuk dari Allah s.w.t.

Barangsiapa yang mendapat KEBENARAN ia akan selamat di-dunia dan di-akhirat.Tidak kira samada lelaki atau perempuan , kaya atau miskin , besar atau kecil , pandai atau bodoh , raja atau rakyat , ia tetap inginkan kebenaran kerana kebenaran itu suatu perkara yang baik.

Dengan kebenaran manusia akan hidup mulia di-dunia dan di-akhirat. Peratusan orang yang mendapat kebenaran ada-lah berbeza-beza antara satu sama lain.Ada orang mendapat 100 peratus kebenaran. Ada pula yang hanya mendapat 90,atau 80 atau 70 atau 60 atau 50 peratus sahaja kebenaran.

Ada yang sudah dapat kebenaran dan pertunjuk , tetapi malang-nya kehilangan di-tengah-tengah perjalanan kehidupan yang serba mencabar , serba menggoda ,serba menggila dan serba mempengaruhi.

Ada juga orang yang tidak mendapat kebenaran , tetapi ia tetap juga mengaku berada dalam kebenaran.Dan ada yang tidak mendapat langsung kebenaran dan pertunjuk sepangjang
kehidupan-nya. NA'UUZUBILLAAHHI MIN ZAALIK.

MENGAPA TERJADI SEDEMIKIAN ?

Ini menunjukkan panduan mencari kebenaran ada-lah tidak sama. Oleh itu ,
perlu kita ingat kebenaran itu bukan dua , bukan tiga dan bukan sepuluh.
Kebenaran itu tetap SATU, ia-itu yang datang-nya dari Allah dan Rosul-Nya
s.a.w.Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

" Kebenaran itu ada-lah dari tuhan-mu, sebab itu jangan sekali-kali kamu
termasuk orang-orang yang ragu. " ( Al Baqoroh ( 2 ) : 147 )


Kalau kita tanya kepada setiap manusia di-atas muka bumi ini tentang kebenaran nescaya kita dapat berbagai jawapan.Kalau 1000 orang yang kita tanya , maka 1000 jawapan-lah yang kita terima.Oleh itu , cuba kita lihat pendapat orang ramai tentang panduan mencari kebenaran.

Ada setengah orang mengatakan :
IKUT SAHAJA ORANG RAMAI.

Sudah tentu apa yang di-buat oleh orang ramai ada-lah kebenaran.

Sedangkan Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :

" Sedikit sekali hamba ku yang bersyukur." ( AsSaba' ( 34 ) : 13 )

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

" Dan sekira-nya engkau mengikut kebanyakkan dari orang ramai di-atas muka
bumi ini , nescaya mereka akan sesatkan kamu dari jalan Allah." ( Al-An-am 6 ) : 116 )


Berdasarkan keterangan sejarah pula.

Nabi Nuuh a.s. dengan pengikut-nya 80 orang saja. Sedangkan beliau berjuang 950 tahun lebih , manakala umur-nya pula 1000 tahun.

Nabi Isa a.s. hanya 12 orang sahaja pengikut-nya dalam beberapa tahun beliau berdakwah. Itu pun saorang daripada-nya belot. Akhir-nya Allah serupakan rupa-nya dengan Nabi Isa , ia-itu Yahuzza Iskaanuts , yang kemudian-nya di-salib oleh musuh Nabi Isa sendiri.

Nabi Musa a.s. hanya 70 orang sahaja dengan 12 golongan. Itupun terpaksa berhadapan dengan Fir 'aun dan mendapat bantuan dari Allah pula.

As Habul Kahfi hanya 7 orang sahaja. Mereka terpaksa berhadapan dengan saorang raja yang zalim ia-itu Daqiunus. Mereka terpaksa lari ke-dalam Gua Abesus untuk menyelamatkan iman-iman mereka. Allah telah tidurkan mereka selama 309 tahun dengan saekor anjing ia-itu Qitmiir.

Nabi Hud a.s. yang berhadapan dengan kaum 'Aad hanya dapat mengumpulkan 5 orang pengikut sahaja.

Zaman Rosulullah s.a.w. hanya dapat mengumpulkan para pengikut-nya pada peringkat awal di-Makkah seramai 200 hingga 300 orang sahaja.

Untuk membuktikan apa-kah benar mengikut orang ramai itu adalah satu panduan untuk mendapat kebenaran , maka kita cuba lihat.

Pengalaman hidup kita selama ini ... mana-kah lebih ramai bilangan-nya ?

1. Orang baik atau orang jahat ?
2. Orang sembahyang atau orang tidak sembahyang ?
3. Orang tutup aurat dengan orang dedah aurat ?
4. Orang pergi ke-tempat sembahyang dengan orang pergi ke-panggung wayang ?
5. Orang belajar AlQur-aan dan Ugama atau tidak belajar AlQur-aan dan Ugama ?

Kita akan memberikan jawapan-nya sendiri. Jadi kalau kita ikut orang ramai , nescaya kita akan sesat buat selama-lama-nya !!!

IKUT SAHAJA GOLONGAN ATASAN.

Mereka ini terdiri dari orang-orang kaya , berdarjat , berpangkat atau golongan Al- Malaiu. Mereka ini ada-lah golongan yang pandai menilai.

Kita lihat peristiwa yang berlaku kepada pembesar Bani Isroil ia-itu selepas zaman Nabi Musa a.s. mereka telah datang kepada Nabi Samuel minta do'akan agar Allah datangkan saorang pemimpin dari kalangan mereka.

Dengan berkat do'a Nabi Samuel , akhir-nya Allah datangkan Tholut , saorang petani dari hujung kampung sebagai pemimpin kepada mereka. Pembesar-pembesar Al-Malaiu ini terus menolak.

Ketika itu pengikut Tholut berjumlah 80 ribu orang. Akhir-nya hanya tinggal 313 orang sahaja dan dengan bilangan inilah Thalut berperang dengan tentera Rom pada waktu itu di-mana Allah telah memberi bantuan dan kemenangan kepada mereka.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : " Berapa banyak golongan sedikit dapat menumpaskan golongan yang ramai dengan izin Allah. " Jadi pendapat kedua ini pun di-tolak oleh Allah.

IKUT SAHJA PARA ALIM ULAMAAK ( Para Asatizaah @ Ustaaz & Ustazaah )

Orang berpendapat bahawa aalim ulamaak itu sudah pasti berada di-dalam kebenaran kerana mereka terdiri dari cerdik pandai Islaam menjadi tempat orang mengambil pandangan dan panduan.Mereka ada-lah orang yang di-beri amanah dan kepercayaan dalam mengeluarkan fatwa-fatwa yang ada kaitan-nya dengan Islaam.

Apa-kah kenyataan ini benar ?

Kita lihat hadits Rosulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Akan berlaku di-akhir zaman , ahli-ahli ibadah jahil-jahil dan para ulamak
fasik-fasik ( jahat )."

Jadi jika kita ikut jalan ini , kita juga tidak akan beroleh kebenaran. Kerana apa yang di-sabdakan oleh Rosulullah s.a.w. 1421 tahun yang lalu telah berlaku di-zaman kita ini ?

Kita Lihat Kata-Kata Imam AlGhazali :

Untuk mendapat kebenaran , hendak-lah kita ikut perjalanan Rosulullah s.a.w., para Nabi & Rosul , para Sahabat-Sahabat dan para SolafusSoleh. Mengapa kita ikut mereka sebagai panduan kebenaran ?

Ini ada-lah kerana Allah telah memuji mereka di-dalam AlQur-aan , terutama Rosulullah s.a.w.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Sesungguh-nya pada diri Rosulullah itu mempunyai contoh tauladan yang baik."( Al-Ahzab ( 33 ) : 21 )

Firman Allah lagi yang bermaksud :
" Kamu ada-lah sebaik-baik umat di-utuskan kepada manusia untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari membuat kemungkaran dan beriman kepada Allah." ( Al-Imroon ( 3 ) : 110 )

Sabda Rosulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Sahabat-sahabat ku bagai bintang di-langit , yang mana sahaja kamu turutinescaya kamu akan mendapat petunjuk."

Sabda Rosulullah s.a.w. lagi yang bermaksud :
" Sebaik-baik manusia adalah di-kurun ku , kemudian yang mengiringi kurun mereka itu dan yang mengiringi kurun mereka itu."

Ini menunjukkan golongan menjadi contoh pada kita ia-lah di-sekitar 3 kurun sahaja , ia-itu 300 tahun selepas zaman Rosulullah s.a.w. !!!

Apa yang menjadi contoh pada kita ia-lah 'Aqiidah mereka , Syari'at mereka , Akhlak mereka dan Pengorbanan mereka serta Ibadah mereka dan segala cara hidup mereka menjadi contoh kepada kita hingga hari qiamat.

WAULLOOHHU A'LAM BISH-SHOWAAB.

( Petikan & Rujukkan dari kitab susunan Ustaz Abdul Adzis Ismail )

Semoga Memberi Manfa'at Kepada Kita Semua Khusus-Nya yang MenCintai ,Mengasihi , PengAmal , Pencari dan Pejuang Kebenaran.

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI FIZIK



Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun
menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Wallahualam.

Thursday, May 1, 2008

Kajian: Bukti-Bukti Teknologi Canggih Manusia Silam










Mafhum firman Allah : At-Taubah 009:70. Bukankah telah datang kepada mereka berita orang-orang yang terdahulu daripada mereka, iaitu kaum Nabi Nuh dan Aad dan Thamud dan kaum Nabi Ibrahim dan penduduk negeri Madyan serta negeri-negeri yang telah dibinasakan? (Semuanya) telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan membawa keterangan yang jelas nyata, (lalu mereka mendustakannya dan Tuhan pula membinasakan mereka), Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

Jonathan Gray dalam bukunya berjudul Dead Men’s Secret ada mencatat: “Pada 17 November, 3398 SM, sejumlah 2 bilion manusia, bersama teknologi canggih mereka, pupus daripada muka bumi. Kaum hebat yang hilang ini telah mengalahkan kita dari sudut pendaratan ke bulan, komputer dan perang nuklear. Anak-cucu kaum canggih ini (yang terselamat dari taufan Nuh a.s. dengan menaiki bahtera) tersebar dari banjaran Ararat (Gunung Judi) di Armenia untuk memulakan semula tamadun yang kurang canggih dari sudut teknologi, tapi masih punya sedikit pengetahuan dari tamadun asal mereka.

Teori evolusi (ciptaan Darwin) tidak dapat bertahan bila berdepan dengan fakta ini. Bukti-bukti wujudnya bandar-bandar maju dan teknologi maju zaman silam sukar dinafikan. “Orang gua” boleh memakai baju seperti kita? Manusia tahu rahsia terbang sebelum kurun ke dua puluh? Tamadun silam telah melakukan pembedahan jantung? Tamadun silam menggunakan elektrik yang kini sudah tidak diketahui teknologinya untuk menerangi bandar-bandar mereka (fluoroscopy). Sebenarnya senarainya tidak mengenal tandus, dan ia menjurus kepada kewujudan satu tamadun hebat, dan bukti ini tidak lagi boleh dinafikan. Bukti arkeologi dan antropologi menunjukkan bahawa suatu kejadian besar telah berlaku di planet bumi di zaman silam. Suatu kejadian yang amat besar hinggakan ia telah memusnahkan hampir segala-galanya yang berada di permukaan bumi. Dari seluruh dunia, ciptaan-ciptaan silam yang dianggap “mustahil” telah muncul satu demi satu, dan sebahagiannya dari teknologi yang sama maju dengan apa yang ada pada kita sekarang ini. Hampir semua catatan kaum zaman silam menceritakan kisah yang sama, iaitu pupusnya “Zaman Emas” (Golden Age), dan bahawa satu malapetaka telah memusnahkan tamadun yang maju tersebut. Kajian masa kini mendapati bahawa catatan-catatan silam ini selaras dengan fakta yang sebenar”.Sebuah tapak bernama Medzamor di Soviet Armenia telah dilaporkan dalam laporan saintifik yang diterbitkan pada tahun 1969. Ia adalah sebuah tapak yang menjadi bukti satu kemajuan teknologi silam yang misteri. Medzamor adalah sebuah tapak yang dipelopori oleh bijakpandai zaman silam. Mereka ini mempunyai ilmu pengetahuan tinggi dan layak dipanggil ilmu pengetahuan saintifik dan industri. Koriun Megurtchian dari Soviet Union telah menemukan sebuah kilang logam skala besar di tapak ini. Kira-kira 4,500 tahun lampau, satu kaum yang berteknologi tinggi telah menggunakan lebih 200 buah relau untuk menghasilkan berbagai pasu bunga, pisau, mata panah, cincin, gelang dan lain-lain lagi. Tukang-tukang di Medzamor memakai penutup mulut serta sarung tangan bila melakukan kerja-kerja membentuk berbagai bekas yang dibuat dari tembaga, lead, zinc, besi, emas, timah, manganese dan 14 jenis bronze. Mereka juga telah menghasilkan berbagai jenis cat metalik, seramik dan kaca. Pakatan saintis dari Soviet Union, Amerika, Britain, Perancis dan Jerman mengesahkan bahawa beberapa “tweezers” yang ditemui di sana telah dibuat dari besi (steel) bermutu tinggi dan ianya diambil dari lapisan bumi yang berusia 1,000 tahun SM.

Pada tahun 1965, seorang ahli arkeologi bernama Dragoslav Srejovic telah menemui binaan misteri di sebuah tapak yang sekarang ini dikenali sebagai Starveco, terletak di Sungai Danube, sempadan antara Yugoslavia dan Rumania. Apabila menggali tebing sungai Yogoslavia, pada mulanya Srejovic menemui sebuah jalan kaum Rom, di bawahnya pula terdapat serpihan-serpihan tembikar proto-Greek, di bawahnya lagi terdapat berbagai artifak Neolithic dan Mesolithic. Bila terus menggali, Srejovic bertemu pula sesuatu yang lebih mengejutkan, iaitu lantai simen. Lebih spesifik lagi, ianya adalah campuran batu kapur, pasir dan air. Simen ini dianggap oleh pengkaji sebagai satu kemajuan kimia dan binaan itu dianggap ribuan tahun lebih maju berbanding zamannya. Permukaan simen itu telah dibina dengan begitu teliti dan ia merupakan tapak asas binaan rumah-rumah. Srejovic mendapati bahawa tapak-tapak simen tersebut ada berlapis-lapis, menunjukkan bahawa bangunan-bangunan telah dibina dan dibina semula di situ untuk jangkamasa yang tidak diketahui. Namun terdapat satu persamaan iaitu arah rumah-rumah yang dibina kemudiannya adalah serupa dengan arah rumah yang dibina sebelumnya. Tamadun yang ada mempunyai persamaan dengan tamadun yang disangka paling awal iaitu di Timur Tengah yang hanya bermula beribu-ribu tahun setelah Starveco.Pada tahun 1847 Henry Layard, seorang ahli arkeologi British telah menemui satu cermin optik ketika membuat penyelidikan di Nimrud, ibu negara Assyria. David Brewster seorang ahli fizik telah meneliti artifak itu dan memaklumkan pada tahun 1853 bahawa ia adalah cermin optik yang bagus buatannya. Sebenarnya terdapat 75 cermin optik seperti ini telah ditemui di kawasan-kawasan bermula dari tengah Turki membawa ke Crete hingga ke Troy.

Pada tahun 1956, sebuah kepingan kaca buatan manusia seberat 8.8 tan telah ditemui di Beth She’arim, barat-daya Galilee. Sebenarnya kaca seberat itu pun pernah dihasilkan di zaman moden, tapi amat jarang, dan jika dihasilkan pun, ia hanya untuk tujuan khas, contohnya untuk membina cermin teleskop yang amat besar. Malah telah ditemui juga dalam piramid Dahshur yang telah dibina oleh Snefru (2613-2498 SM), sebuah kepingan kaca berwarna ungu seberat 35 tan.

Kepingan tembikar (clay tablet) yang ditemui di Babylon telah mencatat mengenai ujian kehamilan. Ianya melibatkan proses memasukkan satu kapas yang berisi herba ke faraj wanita berkaitan, dan apabila dikeluarkan semula dan diletakkan larutan alum, maka kapas itu akan bertukar warna merah jika wanita itu sedang hamil. Kaum Maya di Amerika Selatan pula tahu bagaimana untuk menebuk (drill) gigi dan menampalnya menggunakan penampal logam.

Manusia telah menjahit pakaian mereka seawal 20,000 SM. Alat-alat yang mereka gunakan juga sudah ditemui. Kerja-kerja menggali tiga tapak perkuburan di Sunghir, Rusia pada tahun 1964 menunjukkan bahawa mereka yang ditanam di situ telahpun memakai topi, baju dan seluar. Kerja menggali sebuah busut zaman silam di Catal Huruk, tengah Turki telah menemukan sisa tekstil, dipercayai dari pakaian seorang gadis. Manusia yang tinggal dalam Gua Spirit di utara Thailand telahpun menanam kekacang dan sayuran lain sekitar 9,000 SM.

Teknologi melukis peta telahpun bermula sekurang-kurangnya 12,000 tahun lampau. Sebuah peta telah ditemui di Mezhirich, Ukraine pada tahun 1966 diukir di atas gading gajah purba (mammoth). Ianya berusia 10,000 SM dan ia menunjukkan sebuah sungai dengan sederetan rumah-rumah. Jag tembikar telah ditemui di Gua Ishigoya, di Honshu, Jepun. Usianya 10,000 SM. Lain-lain bekas tembikar juga ditemui di situ, dan usianya pula 11,000 SM. Boomerang adalah alat memburu yang mempunyai sifat unik dan aerodinamik, boomerang yang pertama ditemui telah berusia 21,000 tahun dan ianya ditemui di Poland, bukan di Australia.

Lampu minyak telahpun digunakan seawal 20,000 tahun lampau. Ia mungkin telah digunakan untuk menyuluh operasi pembedahan otak manusia, yang telahpun bermula pada zaman yang sama. Begitu juga penggunaan pelali (anesthetics) seperti penggunaan mandrake secara terkawal, yang akan menyebabkan pesakit tidak bergerak dan tidak merasa sakit.

Lombong tembaga (rujuk kisah Zulkarnain) zaman silam telah ditemui di Serbia, Lake Superior di California, Arkansas, New exico, Missouri, Illinois, Indiana, Georgia, New Jersey dan Ohio. Relau untuk mencairkan besi di zaman silam juga telah ditemui. Lebih menarik, manganese telah dilombong di Broken Hill, Zambia. Bukti “carbon dating” mendapati bahawa lombong ini telah berusia 28,130 tahun.

Ahli arkeologi yang menggali tapak di New Caledonia dan Isle of Pines di barat-daya Pasifik telah menemui lebih dari 400 silinder yang dibuat dari simen. Diameternya 40 hingga 75 inci, panjangnya hingga 100 inci. Silinder ini telah ditatah dengan silica dan kerikil besi. Kegunaannya tidak diketahui. Ujian karbon mendapati bahawa usianya sekitar 13,000 tahun.Terdapat 170,000 batu saluran air bawah tanah di Iran. Terdapat pula satu tangki air di Sri Lanka yang mana keluasan permukaannya adalah sebesar Tasik Geneva. Yang terbesar dari sistem ini bernama Parakrama Samudraya atau Laut Parakrama. Ia adalah tangki air yang amat besar hinggakan biasanya ramai orang terkeliru kerana menganggapnya sebuah lautan. Pada tahun 1932 Kapten G.E.H. Wilson telah menulis mengenai satu tamadun silam di Rift Valley, Afrika Timur. Kesan-kesan tamadun ini merentangi Tanganyika, Ethiopia, Uganda, Kenya dan Utara Zimbabwe. Mereka ini ada membina terusan, sistem saliran, jalanraya dan telah juga memesongkan aliran air sebuah sungai.

Pada tahun 1940, Froelich G. Rainey dan Magnus Marks telah menggali tapak Neolithic berdekatan Ipiutak di Arctic Circle. Mereka menemui kesan 600 rumah, dan dijangka sebanyak 200 rumah lagi akan ditemui. Mereka telah menemukan sebuah metropolis zaman silam. Artifak dan kerja tangan yang ditemui di situ adalah bermutu tinggi. Mereka berpendapat bahawa manusia yang membina rumah-rumah ini bukanlah bangsa Eskimo tapi datang dari tempat lain.

Pada tahun 1988, penyelam-penyelam skuba diketuai oleh Kihachiro Aratake telah menemui struktur batu yang amat besar di dasar laut berhampiran pantai Yonaguni, barat-daya Okinawa. Struktur ini berada 75 kaki di bawah paras laut. Ianya 600 kaki panjang, 450 kaki lebar dan 90 kaki tinggi. Orang tempatan menganggap ianya adalah semulajadi. Profesor Masaki Kimura dari Universiti Ryuku, Okinawa telah meneliti struktur ini dan mendapati bahawa ianya mempunyai 5 lapisan yang jelas, dan memutuskan bahawa ia tentu telah dibina oleh manusia.

Saya boleh teruskan catatan-catatan penemuan teknologi silam ini, namun saya fikir cukuplah catatan-catatan di atas untuk berfungsi memperbetulkan persepsi kita yang mungkin menganggap manusia zaman silam itu adalah manusia “kuno”. Pada hemat saya, semuanya yang telah dicatat di atas dapat membuatkan kita merenung betapa lalainya kita dalam mengkaji makhluk yang bergelar anak-anak Adam ini. Semakin hari semakin banyaklah bukti yang akan terserlah. Itu sudah tentu.

Mari kita sama-sama renungkan mafhum firman Allah: Yusuf 012:109. Dan tiadalah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki dari penduduk bandar, yang kami wahyukan kepada mereka. Maka mengapa orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?

Sama ada anak-anak Adam zaman ini mahu percaya atau tidak, hakikatnya jelas, iaitu sebenarnya tamadun sentiasa lahir dan mati, kemudian diganti dengan tamadun yang lain. Malah, apabila kita sentuh tamadun sesuatu kelompok anak Adam, ianya bermula dari bawah, kemudian tamadun itu mengalami kemajuan yang pesat, lantas sebahagian orang dalam kelompok itu menemukan teknologi yang mampu memusnahkan, dan terjadilah peperangan yang dahsyat hingga melenyapkan tamadun tersebut bersama masyarakatnya dan ilmu-ilmu yang ada pada mereka. Sebenarnya sesuatu tamadun itu musnah kerana kederhakaan mereka terhadap Allah, sepertimana yang terjadi kepada kaum Luth, penduduk Pompeii, kaum ‘Ad, kaum Tsamud dan banyak lagi. Dalam artikel ini kita fokus terhadap kemajuan teknologi yang telah terdaya dicapai oleh sesebuah tamadun silam dan mengapa manusia zaman ini sukar percaya bahawa terdapat tamadun yang amat maju teknologinya di zaman silam.

Saya berpendapat bahawa antara dua tamadun yang bersilih-ganti, terdapat satu jangkamasa (period) kemuraman teknologi dan kemuraman ini mungkin berlangsung lebih dari 1,000 tahun. Maksudnya, tamadun yang baru lahir perlu bermula dari bawah, dan ini memerlukan masa yang agak lama. Olehkerana tamadun sebelum itu telah pupus bersama umatnya, generasi tamadun yang kemudian telah kehilangan bukti-bukti kewujudan tamadun silam yang maju itu. Akibat dari kecuaian untuk mengkaji tamadun-tamadun silam dengan bersumberkan agama, anak-anak Adam yang hidup di tamadun mutakhir menganggap umat zaman dahulu berfikiran kolot serta amat mundur. Maka timbullah anggapan bahawa semakin kita menggali sejarah, makin jelaslah bahawa manusia zaman silam itu mundur, hinggalah dianggap bahawa mereka hanya menggunakan batu sebagai senjata dan peralatan-peralatan. Apabila dilakukan kajian yang lebih terperinci, barulah manusia moden tahu bahawa sebenarnya sebelum mereka telah ada tamadun berteknologi tinggi, malah teknologinya lebih canggih berbanding yang ada pada mereka. Sebahagian dari pengkaji ini tidak mahu menerima hakikat ini (akibat pengaruh teori Darwin), lantas mencari “alasan” bahawa sebenarnya teknologi canggih zaman silam itu bukan dipelopori oleh anak-anak Adam di planet bumi tapi ianya telah diajar oleh “alien” dari “outer space”. Ini semua berpunca dari kelalaian manusia itu sendiri kerana tidak mengkaji apakah yang telah diberitakan dalam kitab-kitab terutamanya Al-Qur’an.Antara detik ketika yang amat jelas terjadinya “sempadan waktu antara dua tamadun” ialah ketika berlakunya taufan atau banjir besar Nuh a.s. Dan jangan lupa, besar kemungkinan juga telah berlaku sekali lagi pemisahan tamadun ini apabila Zulkarnain membina tembok yang memisahkan kaum Yakjuj dan Makjuj dari penghuni atas muka bumi.

Bagi kes pertama, iaitu wujudnya “sempadan waktu antara dua tamadun” ketika berlakunya taufan Nuh a.s. kita dapat saksikan sekarang bagaimana manusia moden tidak dapat menjelaskan berbagai misteri di sebalik berbagai penemuan berkaitan teknologi silam. Contohnya, manusia moden tidak tahu mengapa dan bagaimana piramid dibina. Mereka juga jadi hairan bila menemukan berbagai lukisan atau artifak yang berbentuk pesawat-pesawat terbang dalam gua-gua yang diyakini tidak pernah didatangi apatah lagi dihuni oleh manusia moden. Mereka hairan lagi bila menemukan bangunan-bangunan teguh lagi canggih yang telah tenggelam di dasar-dasar laut. Bahkan mereka hairan bagaimanakah umat terdahulu membina tembok-tembok batu dengan memotong batu-batu besar sebegitu jitu, dan bagaimanakah batu-batu itu dilekatkan antara satu sama lain. Sebahagian pengkaji mengambil jalan mudah dengan memberi alasan bahawa itu adalah “teknologi dari angkasa lepas”.

Bagi kes kedua, iaitu terbinanya tembok pemisahan tamadun antara kaum Yakjuj Makjuj dan anak-anak Adam yang berada di atas muka bumi, ianya berlaku mungkin sekitar 1,000 hingga 2,000 tahun setelah taufan Nuh a.s. Pada hemat saya, bagi kes pertama, mungkin kesemua umat silam berteknologi tinggi itu telah pupus kerana banjir Nuh a.s. telah menenggelamkan kesemua daratan dan “mungkin” juga mana-mana tempat kediaman di bawah bumi. Saya catat “mungkin” setelah mengambilkira berita mengenai “dabbatul ‘ard” iaitu binatang-binatang besar (sebagaimana dinosaur) yang akan muncul ke permukaan bumi di akhir zaman. Mungkin tidak meleset jika saya catat di sini bahawa dalam kes kedua ini, ada sebilangan kecil dari kaum Yakjuj dan Makjuj ini yang sekali-sekala datang ke permukaan bumi melalui jalan-jalan yang masih tidak diketahui oleh kita semua. Tapi mereka ini datang ke permukaan bumi hanya dalam tempoh yang singkat untuk tujuan tertentu, contohnya untuk mencuri sesuatu, atau menculik haiwan atau manusia, dan beberapa tujuan lain yang tidak kita ketahui. Tapi di manakah lubang-lubang tempat keluar-masuk kaum Yakjuj dan Makjuj ini? Sudah pasti bahawa lubang utama tempat mereka datang ke permukaan bumi telah ditembok oleh Zulkarnain. Namun mereka mungkin punya lubang-lubang lain untuk keluar, dan ini hanya diketahui oleh segelintir dari mereka. Mungkin yang segelintir ini adalah dari golongan yang paling maju teknologinya berbanding yang lain, dan mereka mempunyai pesawat-pesawat terbang yang canggih.

Ada juga pendapat yang menyatakan mungkin kaum Yakjuj dan Makjuj ini telah dikepung dengan tembok dan mereka sebenarnya berada di dimensi lain, bukan di alam nyata. Saya berpendapat bahawa mereka ini adalah makhluk alam nyata, dan kaum Yakjuj dan Makjuj adalah anak Adam a.s., bukan dari golongan jin. Mereka hidup beranak-pinak sebagaimana anak-anak Adam di permukaan bumi, tapi mungkin rupa mereka agak berlainan kerana beberapa faktor. Pertama kerana makanan yang mereka makan adalah terdiri dari haiwan atau tumbuhan yang kurang mendapat cahaya matahari. Kedua kerana faktor oksigen dan kandungan galian yang terdapat pada air yang ada di bawah bumi. Andai ditemui makhluk yang botak, atau tiada berbulu roma, matanya agak besar, kulitnya agak kehijauan, maka ada kemungkinan mereka ini datang dari satu tempat yang jarang terdedah kepada cahaya matahari dan mungkin inilah gambaran kaum Yakjuj dan Makjuj yang masih menjadi misteri hingga ke saat artikel ini ditulis. Telah banyak laporan (sama ada benar atau tidak, sukar untuk ditentukan) terserempaknya anak-anak Adam di atas muka bumi ini dengan makhluk yang seperti itu (digelar Grey). Mereka ini didakwa datang menaiki pesawat-pesawat terbang. Pesawat-pesawat terbang ini (kebanyakannya berbentuk piring terbang atau curut) biasanya dilihat berlegar-legar di sekitar empangan air, sungai atau laut, dan ianya boleh terbang dengan amat laju. Ada yang melihatnya masuk ke dalam laut, dan muncul dari dalam laut. Ini semua perlukan kajian yang selanjutnya dari pakar-pakar.

Apa pun rupa kaum Yakjuj dan Makjuj tidaklah sepenting hakikat bahawa mereka ini benar-benar wujud. Malah, hampir pasti bahawa mereka inilah yang selama ini didakwa oleh Barat sebagai “extra-terresterials” atau makhluk dari angkasa lepas jika benar kisah-kisah “close-encounters” ini berlaku. Apa yang mereka makan ketika berada di bawah tanah juga bukan persoalan yang boleh menyebabkan kita menjadi golongan skeptik. Ini kerana dalam bumi sendiri terdapat cukup banyak makanan yang boleh dimakan. Cacing, sebagai contoh, adalah salah satu makanan yang dianggap berkhasiat untuk manusia, dan ia telah dicatat dalam kitab-kitab lama. Cuma kita sebagai Muslim di atas muka bumi mempunyai pilihan makanan-makanan yang jauh lebih menyelerakan dan suci, bukan semata-mata bersih.

Besar kemungkinan bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj adalah saki-baki keturunan anak Adam yang masih mewarisi sebahagian besar dari teknologi tamadun maju sebelum berlakunya taufan Nuh a.s. Dengan menggunakan teknologi-teknologi tersebut mereka telah melakukan banyak kerosakan di muka bumi pada zaman silam dan mereka masih membangunkan teknologi hingga ke saat ini. Untuk memahaminya kita boleh kiaskan dengan apa yang kita lihat dilakukan oleh Amerika pada waktu sekarang. Mungkin inilah gambaran yang dilakukan oleh kaum Yakjuj dan Makjuj ke atas kaum yang meminta pertolongan dari Zulkarnain agar dibina tembok pemisah tersebut. Kini kaum Yakjuj dan Makjuj mungkin masih melakukan kerosakan di bawah bumi, cuma kita mungkin tidak tahu bahawa mereka yang menyebabkan berlakunya sesetengah gempa bumi dan tsunami di permukaan bumi akibat ledakan bom atau ujian-ujian senjata yang mereka lakukan di bawah sana.

Untuk renungan bersama: Yunus 010:13. Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka membawa keterangan-keterangan dan mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan kesalahan.
Wallahua’lam.